Connect with us

Artis / Selebriti

” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees

Video Anzalna Nasir berseloroh mengatakan umurnya 22 tahun ketika sedang live. Respon anaknya, Eidrees buat ramai terhibur. Part last tu Eidrees kantoikan mummy dia, berdekah Anzalna dan Hanif Zaki gelak. Kelakar lah Eidrees ni, haha..

Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Fara, perkongsian satu sesi live Anzalna Nasir telah membuatkan ramai terhibur. Anzalna menyatakan usianya kini telah menginjak ke 22 tahun sempena ulangtahun kelahirannya yang disambut semalam, 9 Januari.

Mendengarkan perkara tersebut, Eidrees terus bertanya semula kepada ibunya tentang usia sebenar. Anzalna tetap menyatakan dirinya berusia 22 tahun dan disokong oleh suaminya, Hanif Zaki. Namun Eidrees tetap menentangnya dengan menyatakan usia ibunya ialah 38 tahun.

Part akhir respon Eidrees membuatkan Anzalna tertawa apabila Eidrees menyatakan ibunya nampak muda kerana memakai bedak. Alahai, pandainya Eidrees. Macam tu je Eidrees kantoikan ibunya sampaikan Anzalna tidak dapat membalasnya dan berdekah-dekah ketawa.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih 30 tibu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Eidrees ini memang tidak boleh berkomplot dengan ibunya kerana Eidrees ni terlalu jujur orangnya. Kelakar sangat dua beranak ni.

Jom tonton video di bawah :

@cikfarahinalimin

eidrees cakap mummy tipu umur? #anzelhair #anzalnanasir

♬ original sound – FARA – FARA

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Mommy I pakai bedak tulah nampak muda sikit. sama umur rupanya 1988..tp dia cantik sgt.. kenapa sy rs sy nampak tua.. “

” Wehhh sebijik anak i. i p shopping brg dapur total harga 121.70. lpstu i ckp nak claim 122 lah dkt ayh dia. dia kata “ibu tak baik tipu berdosa” 121.70 je bkn 122.. “

” Anak dia siap tnye balik berapa tahun you? mommy i pakai bedak tu laa nmpak muda sikit terus berdekah mommy gelak.. “

” Hahahahaa aku suka la gelagat anak dia ni, suka sakat mommy dia.. mmy i pakai bedak tu nampak muda sikit. kita lg percaya eidrees dr mommy.. “

” Seriously 38?aku ingt baru awal 30an. dia ckp 22 pn aku caye.lawa sungguh dia.aku tua setahun je tp aku hurmm.. Jjur tu menyakitkn mommy.. ” 

” Anzalna i feel u  .. i dah 36 tahun ni hahah, Hahahaha..pagi2 buka phone tengok lawak eidress ni sudah untuk tokma berhenti gelak.. “

” Anak kita no. 2 lebih kurang mcm nie. masuk h&m nk cari seluar sekali dia terpandang harga yg same umur kita. dia boleh jerit kuat2 kata mama nie sama umur mama… aku lah kan.. “

Jika anda selalu mengikuti sesi live Anzalna, pastinya anda sudah biasa melihat gelagat Anzalna bersama anak-anaknya yang kelakar. Ada sahaja perkara yang menghiburkan oleh Eidrees walaupun tidak menunjukkan wajahnya ketika sesi live.

Silakan SHARE..

Sumber : TT Fara

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak