Artis / Selebriti
” Baru kena tenung sikit dah tak berani, pandai spin Bang Mel.. ” – Netizen
Video Reaksi Ernie Zakri Ketika Syamel Mengatakan Tiada Ruang Untuk Healing Ketika Live Buat Ramai Terhibur. Pandai Pula Syamel Cover Depan Ernie, Takut Isteri Ke Bang Mel. Lawak Lah Bang Mel Punya Spin Tu, Haha !!
Meninjau ke satu akaun TikTok yang bernama SarangSpider, perkongsian sebuah video pasangan suami isteri iaitu Syamel dan Ernie Zakri membuatkan ramai terhibur. Dalam video tersebut memaparkan Syamel menjawab tentang ‘ healing ‘ daripada pertanyaan netizen ketika live.
Menurut Syamel, dia tiada ruang untuk ‘ healing‘ sambil memandang wajah isterinya. Apabila mendengarkan respon tersebut, wajah Ernie terus berubah dan merenung wajah Syamel. Namun Syamel sempat menutup balik dengan ayat-ayat menyentuh hati.
Syamel menyatakan yang dia tidak tahu apa itu ‘ healing ‘ dan dia tidak perlukan istilah tersebut kerana baginya kehadiran Ernie sudah cukup sempurna buatnya. Amboi, pandai Syamel mengayat ye. Sampai tersenyum lebar Ernie mendengarnya.

Dapat dilihat di akhir video Syamel kelihatan sangat lega apabila melihat Ernie tersenyum mendengar kata-kata darinya. Amboi, takut isteri ke Bang Mel. Mesti tengah menarik nafas lega kerana dapat cover balik apa yang tersasul, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@sarangspider Bangmel takde ruang nak healing.. muka jangan cuak Kakninie 😂 #Syamel #ErnieZakri
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat reaksi Ernie apabila mendengar jawapan Syamel. Antara komen-komen yang diberikan :
” Pandai cover eh, pandai ekk dia putar bel1t.. Kakninie tekejut dngn jawapan bangmil.. tak sangka2.. bangmel kaki putar.. “
” Ha comell.. Mcm dah nk marah dah kakninie, mujur bgmel ni pndai bodek noh ha ha.. ayat selamat.. nasib baik cepat cover.. “
” Baju ernie mcm merch bts blanket.. Baru kena tenung sikit dah tk berani.. pandai spin bangmel.. Ni level level menteri ni.. “
Sekadar info, pasangan ini sudah mempunyai seorang cahaya mata yang diberi nama Nur Khawla Solehah dan baru berusia setahun lebih. Syamel dan Ernie sememangnya pasangan yang diberi jolokan pasangan paling comel kerana gelagat -gelagat mereka.

Sebagai suami, semestinya hendak menjaga hati isteri kan. Kalau isteri meraj0k nanti, susah pula hendak dipuj0k. Pandai Syamel putar balik ayat berkenaan dengan ‘ healing ‘ tu ye. Nasib Ernie jenis cepat sejuk, kalau tidak dah lain macam renungan Ernie tu, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok Sarangspider
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti5 days ago” Salah tu memang salah lah, tapi nak buat macam mana kan. Orang dah.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang last tu penam por satu kali hilang la kut gagapnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Buat anak-anak saya 6 orang, biar pun papa mencari lagi 4 orang takde.. ” – Datuk Red
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baru umur 13, dah nampak macam 20.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you for giving me the family I have always prayed for.. ” – Suami Nelydia Senrose
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lunak lenggoknya, memang kena dengan jiwa ghazal. Melekat terus sampai ke telinga.. ” – Komen Netizen

