Artis / Selebriti
” Bagus Pok Mekyun, hormat dengan azan. Pok humble, tabik Dato’ Panglima.. ” – Komen Netizen
Video Mek Yun Keluar Bersama Ayahnya, Datuk Wee Han Siew Membeli Durian Raih Perhatian Ramai. Peramah Sungguh Pok, Semua Pekerja Kedai Pok Kenal. Part Pok Suruh Berhenti Bersembang Masa Bunyi Azan Tu Memang Respect Sangat !!
Siapa tidak mengenai gadis Cina kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang, Mek Yun yang popular kerana kefasihannya bercakap dalam bahasa Melayu terutamanya loghat Kelantan. Tidak hanya Mek Yun, semua ahli keluarga Mek Yun juga berkomunikasi dengan bahasa kebangsaan ini di rumah.
Ayah kepada Mek Yun yang dipanggil Pok merupakan bekas Panglima Artileri Roket, Brig Jen Datuk Wee Han Siew. Kehidupan yang secara sederhana diajarkan kepada anak-anaknya dan ia dapat dilihat dari cara Mek Yun dan adik beradiknya yang lain bergaul dengan orang di sekeliling mereka.
Menerusi perkongsian terbaru Mek Yun di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Mek Yun bersama Pok ke gerai menjual durian Pak Misai Keramat untuk membeli durian. Pok yang begitu peramah bertegur sapa dengan semua pekerja dan pembeli di situ.

Sedang asyik berborak, kedengaran laungan azan dan Pok mengatakan mereka perlu diam dan berhenti berbual sementara menunggu azan selesai. Tindakan Pok ini meraih pujian daripada ramai warganet. Berbeza fahaman dan anutan agama tetapi Pok tahu menghormati agama lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dari kecil lagi abe wee sentiasa ingat pesanan pok. Jangan buat bising masa azan dilaungkan. Walaupun berlainan bangsa dan agama tapi kita mesti hormati azan.. ”
” Tiba-tiba rasa sedihhh sangat.. pandai nyaaa hormat azan… pandai didikan pokk.. juruh anok-anok.. ”
” Suko bena tengok pok mekyun. sgt down to earth eventho he was somebody in army bfore.. payoh nk jupo pegawai2 hok humble gini nowadays.. ”
” Bagus Pok Mekyun, hormat dengan azan. Pok humble, tabik dato panglima. Pok kalu ada instagram rasanya lintas habis anak-anak dia hehe.. ”
” Bagusnyaaaa family Mek Yun.. azan pun mrk tahu hormat. Pok dah making femes, kalah Mek Yun dengan Abe Wee.. ”
” Masya Allah terbaik lah Pok, menghormati azan. Pok famous, mekyun pun kalah. Pok yang humble g1la, suka karakter dia.. ”
” Orang yang rendah diri dan hormat pada semua agama. Insyallah Akan dihormati selamanye. Humble dato panglima, ore panggil pok jah.. ”

Kagum warganet dengan Pok Mekyun yang baik pekertinya itu. Anak-anak juga diajar sejak kecil supaya menghormati azan. Keluarga Mekyun ini antara contoh keluarga yang menunjukkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat majmuk. Salute lah dengan Pok, memang terbaik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mekyun
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kurang asam budak ni, dia kantoikan aku.. ” – Mawi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jadi Bella rasa macam ini nak bagi hantaran ke nak bagi bantuan. Bantuan ibu tunggal ke kan.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen

