Artis / Selebriti
” Bacaan mirip Sheikh Mishary Al Afasy.. ” – Ustaz Tarmizi
Video anak Dato’ Seri Vida, Cik B mengaji secara live untuk rancangan Geng Ngaji raih pujian warganet. Hebat lah Cik B, siap bertaranum. Ustaz pun puji bacaan Cik B, bukan biasa-biasa Cik B ni..
Rancangan Geng Ngaji antara slot keagamaan yang membawakan pengisian berguna kepada semua sepanjang Ramadhan ini. Ramai selebriti yang diundang sebagai tetamu jemputan untuk memperdengarkan alunan suara mengaji ayat suci Al-Quran, antaranya adalah anak perempuan usahawan terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Tazkirah Malam Jumaat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cik B memenuhi undangan Geng Ngaji. Ternyata di sebalik imej Cik B yang lasak, Cik B sangat hebat dalam mengaji, pandai Cik B bertaranum.
Cik B membacakan surah At-Taghabun ayat 15 hingga 16. Menyanyi semua tahu Cik B pandai, mengaji juga tidak kurang hebatnya. Setelah Cik B selesai mengaji, Ustaz memuji bacaan Cik B dan mengatakan alunan suara Cik B menyerupai taranum Sheikh Mishary Al-Afasy.

Beruntung Dato’ Seri Vida ada anak yang pandai mengaji seperti Cik B. Ilmu dunia dan akhiratnya seimbang, Alhamdulillah. Untuk bacaan Cik B ini, Ustaz memberikan markah mumtaz kerana bacaannya cukup baik. Sejuk perut mama Cik B ada anak yang bijak al-Quran.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cik B ni adab dia sangat tinggi, love sangat dengan attitude Cik B ni.. Setakat ini mimifly dan cik B aku rasa terbaik bacaan diorang.. “
” Cik B tak kosong, tabarakallah.. pandai Cik B mengaji. Cikb anak mama yg hebat.. Dsv dah beri yg terbaik untuk ank²nya. Sangat merendah diri.. “
” Masya Allah terbaik lah Cik B.. Subhanallah.. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.. Comel cik b pakai tudung.. “
Cik B sebelum ini juga pernah mencuri perhatian warganet apabila mendedahkan dia sejak kecil lagi menghafal dan mengamalkan surah Ad-Dhuha. Dato’ Seri Vida sentiasa sentiasa menekankan Cik B untuk sentiasa membaca Al-Quran setiap hari walau sesibuk mana pun Cik B.

Alhamdulillah, semoga Cik B sentiasa istiqomah dan meneruskan kerajinannya untuk membaca Al-Quran dan beroleh syafaat di akhirat kelak. Semoga video ini memberikan insprasi untuk semua khususnya anak muda GenZ untuk mencintai dan mengamalkan Al-Quran seperti Cik B.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tazkirah Malam Jumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen

