Artis / Selebriti
” Autotune pun tak boleh adjust tempo ni bang. Aku ketawa siap pakej nak terkencing, haha.. ” – Komen Netizen

Video Rahman Chea dan Kanafly menyanyi secara live ketika konsert Tiktok Shop 11.11 buat warganet terhibur. Tak tahu lah menyanyi ke bersajak ni. Habis lari tempo, menangis Ziana Zain dengar lagu dia hancur, hehe..
Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh duo pasangan adik beradik, Rahman Chea dan Kanafly. Content mereka selalu mengikut perkembangan semasa dan menggeletek hati warganet dengan gelagat spontan mereka itu. Melontarkan dialog yang mencuit hati dan ditambah dengan lakonan mantap, pasangan ini antara yang ramai pengikutnya.
Meninjau entry di akaun Tiktok Rahman Chea, telah dikongsikan sedutan video ketika Rahman dan Kanafly hadir ke siaran langsung TikTok Shop 11.11. Selain mereka, ramai lagi selebriti dan influence lain yang memeriahkan event tersebut. Ianya juga turut dihadiri oleh ramai penonton.
Menerusi video ini, kelihatan Rahman dan semua jemputan membuat persembahan Karaoke pecah. Menyanyikan lagu popular Ziana Zain berjudul Madah Berhelah secara berantai, ianya mencuit hati ramai. Part Rahman menyanyi mengundang ketawa semua yang ada.
Bukan menyanyi tetapi seperti bersajak sahaja. Ditambah pula dengan nyanyian Kanafly, lagi ketawa besar semua penonton. Ain Edruce pun pening kepala dengan tone suara dua beradik ini yang lari tempo. Kelihatan Naim Daniel dan Norreen Iman di belakang juga turut sama tergelak.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rahmanchea Buat ramai yang tanya abang, “tak nak try jadi penyanyi pula bang?” . #rahmanchea #kanafly
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Puas hati kanafly gelak depan mic.. Cukup ketua, kami malu haha.. abg bakat terpendam tu elok pendam ja haha.. gurauu guraauuuu.. “
” Ain edruce: βabang buat tiktok je lah bangβ hahahahahaha sumpah lawak wei.. bila dengar je, auto saya rasa suara saya lagi sedapp.. “
” Boleh pergi jauh ni bang.. jauh dari mic haha.. abang paling win semalam. terbahak bahak kita ketawa bang.. “
” Haha abang boleh lawan penyanyi no 1 malaysia bang. chaiyook haha.. yang penting confident.. Takpela teruskan jadi content creator je bang.. “
” Lah dedua sama je haha.. mmg saya dgr jelas dlm stadium tu abg lirik berkejaran dengan muzik haha.. banyak banyak bakat, mesti bakat membongak haha.. “
” Autotune pun tak boleh adjust tempo ni.. nak membaca ke menyanyi ni bang haha.. tak sangka sungguh bang sampai macam tu sekali.. mengekek ketawa.. “
” Rahman chea nyanyi, gelak sorg ak dlm bilik. Siap pakej nk terkencing ahahahahahah.. apahal la ko lawak sngt bang.. dengan muka muka nerves haha.. “
Hangat dan meriah suasana dengan nyanyian penuh penghayatan duo adik beradik ini. Bak kata Ain Edruce, Rahman dan Kanafly elok membuat tiktok sahaja. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rahman Chea
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah