Connect with us

Artis / Selebriti

” Amboi tangan Rizqaa itu, nak kena nih.. ” – Netizen

Rizman Nordin Dan Ruzaini Jamil Kongsi Gambar Terbaru Mereka Bersama Dengan Keluarga. Gambar Cantik Dengan Pakaian Yang Indah. Amb0i Rizqaa, Sempat Lagi Pegang Tangan Rahil Tu !!

Rizman Ruzaini merupakan gabungan dua orang sahabat baik iaitu Wan Mohd. Ruzaini Wan Jamil dan Rizman Nordin. Menariknya, mereka juga dikurniakan anak pada tahun yang sama. Rizman dan Nurida Suraya dikurniakan Rizqaa pada bulan September 2020, manakala Ruzaini dan Nurul Hidayati dikurniakan Wan Rahil pada bulan Oktober 2020.

Meninjau ke laman Instagram Rizman Ruzaini, telah dikongsikan gambar Rizman dan Ruzaini bergambar bersama dengan isteri dan anak mereka. Keluarga Rizman mengenakan baju bercorak tembikar biru dan putih manakala keluarga Ruzaini mengenakan baju berwarna merah.

Ketika semua orang memandang kamera untuk diambil gambarnya. Rahil memandang ke arah lain. Boleh dilihat tangan Rizqaa memegang lengan Rahil seperti menyuruh Rahil memandang ke arah kamera. Gaya Rizqaa itu telah meraih perhatian peminatnya. Ini membuatkan peminatnya berasa p0se yang dilakukan Rizqaa itu begitu comel.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Rizman dan Ruzaini mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakan dan pelanggan mereka yang tercinta terutama mereka yang meraikan Tahun Baru Cina. Selain itu mendoakan agar tahun baru ini menjadi tahun yang baik untuk semua.

Jom baca perkongsian di bawah :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya memuji gambar yang diambil serta kecantikan pakaian yang dikenakan. Ada juga yang memuji kecomelan Rizqaa dan Rahil. Antara komen-komen yang ditt1nggalkan:

” Cantik2 depa.. Dedua baby ikut muka daddy masing2.. Eh rizqaa pegang tangan boyboy la.. Cute nya.. Tgk tangan Rizqa tu.. Ad0haaiii bijak.. Hehe.. “

” Rizqa nak bgtau kat adik tgk camera la tu sbnrnya kan.. Nice picture beautiful family.. Dah besar Boleh berbesanlah mcm ni.. Mengeratkan silaturahim lagi.. ” 

” Aww.. Beautiful family.. Tis is a lovely pic.. Beautyful family.. Eyh Rizqa.. Sempat ye tangan tu.. Alolo syg rizqa kt rahil… Dah boleh jd besan ni nnt bila ank2 da besar.. “

” Comelnya baby dua-dua.. Comey dy pegg tangan bf dy.. Rizqa tangan tak lepas pegang eh.. Rizqa be like.. Look at the camera.. Rahil.. Amboi tangan rizqaa tu nak ken4 nih.. “

” Comelnya kakak rizqa pgang tngan adik rahil.. Wat a good lookin family.. I like your wife outfit yang blue tu very nice.. Happy family.. Love this rizmanruzaini.. “

” Cantiknya corak baju.. Wow.. Dia mcm Traditional VS Modern.. Fire and ice ye tema.. Cantiknya bini2 hangpa.. emmm segak wey.. Tangan rizqa pegang boypren sebelah.. Kemain.. “

” Woww bestnya sorg laki sorg perempuan.. Cam janji pulak baby tuu.. The baby girl hold her boyfriend hands so cute.. Moga bersahabatn hingga ke jannah.. Amin.. “

Nampak begitu akrab persahabatan Rizman dan Ruzaini yang terjalin ini . Semoga ukhuwwah pasangan ini semakin erat dan baik apatah lagi dengan kehadiran si comel. Semoga Allah memberkati persahabatan anda berdua dan terus maju jaya dalam empayar Rizman Ruzaini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rizman Ruzaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT