Artis / Selebriti
” Amboi sila panggung yaa Ayash. Hati senang maa, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Bongsu Shuib Sepahtu, Ayash Affan Ketika Bercuti Bersama Shuib Dan Watie Buat Warganet Terhibur. Amboi Ayash, Santai Betul Gaya Minum Susu Tu. Part Dapat Makan Buah Oren Tu Geram Tengok, Comel Ayash Senyum !!
Nama Ayash Affan sering menjadi sebutan dan kelahirannya menjadi perbualan ramai pada ketika itu. Ayash, permata hati terakhir yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah Raissuddin buat Shuib. Sebagaimana yang semua maklum, Mama Shuib menjaga Ayash sejak Ayash masih merah.
Walaupun demikian, Ayash masih tetap ke rumah Shuib setiap bulan untuk bersama daddy dan adik beradiknya yang lain. Meninjau akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayash ketika bersama Shuib dan Watie.
Kali ini, Ayash bercuti bersama daddy dan mummy tanpa Uwais, Matin dan Dekta mengekori. Kata Shuib, Ayash seorang anak yang sangat baik dan mudah dijaga. Ayash juga semakin pandai dan memahami semua yang diperkatakan oleh Shuib.

Menerusi video ini, gelagat Ayash menyusu botol sambil kakinya disilangkan mencuit hati warganet. Santai betul gaya menyusu Ayash ini. Watie pula menawarkan kepada Ayash buah oren, apa lagi terus Ayash mencampakkan botol susunya. Berselera betul Ayash makan buah, manalah tak chubby si Ayash ni.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ya Allah hensomnya ayash.. muka mcm arwah siti sarah. pandai makan hah. Comel betul ayash.. ”
” Hati senang maaaa, silang kaki terus haha.. Nampak buah terus campak botol ye ayash.. bambam betul Ayash ni..”
” Comel.. bam2 plk suka tgok…Anaknya senyumnya manisss.. trbaik watie ibu yg baik.. Alhamdulillah.. ”
” Baby ayash yg semangat bambam ni.. Kalau jeluek budak tu pun die tadah, mmg hati bersih la watie ni. Sekian respek.. ”
” Sangat nya ayash.. geram acik tgok.. syukur Alhamdulillah.. mummy watie baik sgt2… tq mummy jd inspirasi ibu2 lain.. ”
” Di buang je botol susu tu.. Kite tgk ayyash mkn kite yg tertelan ayaq liur nk menghayati dia mkn tu haha.. ”
” Amboiii sila panggung yaa.. Ecehhh muka tu dapat buah mummy bagi.. Comel nye dia senyummm.. ”
” Comel la yang bongsu ni . Nampak limau terus campak botol Susu dia.. Manis je ayash senyum.. ”

Bukan main senang hati lagi bos kecil seorang ini. Bila dapat jalan hanya bertiga dengan daddy dan mummy, tak perlu nak berebut dengan abang-abang dan kakak. Bak kata Shuib, Ayash anak yang baik. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh buat daddy, ibu dan mummy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



