Connect with us

Artis / Selebriti

” Ambil kau, mic sampai atas lantai. 1st singer letak mic, high notes kaw kaw. All out Kak Lina.. ” – Komen Netizen

Video persembahan pembukaan Big Stage Alpha oleh pengacaranya, Elly Mazlein dan Rina Nose. Fuh gempak betul bila Kak Lina dan Rina bergabung. Ending tu memang di luar jangkaan Kak Lina buat. Lain macam betul, rare sangat ni..

Big Stage kini kembali lagi untuk musim baru dan ianya dikenali sebagai Big Stage Alpha. Elly Mazlein dan Rina Nose masih dikekalkan sebagai pengacara rancangan realiti hiburan popular ini. Siapa yang tidak tahu kehebatan gandingan Kak Lina dan Rina, dua-dua sekepala dan ngam apabila bersama.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan pembukaan oleh Kak Lina dan Rina. Pemilihan lagi yang dipersembahkan pada malam itu sangat bagus dan menghangatkan suasana.

Memasuki sahaja pentas utama, bergema suara Kak Lina dan Rina menyanyi lagu raya viral, Serumpun. Vokal Kak Lina tidak dapat dinafikan lagi memang power dan merdu. Bagi lah lagu genre apa pun, akan Kak Lina nyanyikan dengan sebaik-baiknya malah versi Kak Lina juga selalunya lebih menarik.

Persembahan ini diakhiri dengan lagu Bukan Lagi Kita, nyanyian asal Nadeera Zaini dan nyanyian Kak Lina dan Rina mengagumkan semua penonton di dewan dan rumah. Sangat all out Kak Lina beri untuk lagu ini dan pengakhiran lagu membuatkan ramai penonton bersorak. Tak pernah dibuat orang Kak Lina, memang ending yang rare.

Jom tonton video di bawah :

@daynekarap88

Pembukaan pun dah penat! Big Stage kini kembali #bigstagealpha @Gempak @Astro Malaysia #bigstage #gelombangdominasi #astroone #BukanLagiKita #JikaKauTakDatang #Serumpun

♬ original sound – Dayne Karap – Dayne Karap

Persembahan ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dua org yang serasi bila bersama…. tak pernah membahan org atau buat lawak yg menjatuhkan maruah org…. cuma buat lwak diri dorang sndiri je.. “

” Dua dua masuk air, best.. Wow Rina dan Lina, bila bergabung meletop kebaboom kau dik.. gandingan paling best.. “

” Wah letupan lah kak lina dan rina.. aku suka sangat gandingan dua orang ni.. tak boleh nak nafi kebolehan mereka berdua.. amik ko, mic sampai atas lantai haha.. “

” Kedua dua host yang masuk ayaq.. sekepala yang penting.. gabungan mantap deba dua nih.. cukup 2 ni jer dan best.. Mmg penyanyi grand prize la kak lina ni.. “

” Mantap, seimbang sangat best.. suara dua dua best.. host yang serba boleh.. saya suka mereka dua ini…. serasi.. jadi pengacara… menghibur sambil melawak.. “

” Org mcm tak nak tengok peserta kali ni. Yg org nak tgok pengacara je apa lagi yg mereka sajikan tiap minggu.. “

” Fuh dia terus bagi AJL version ek kak lina haha.. always all out.. dua dua masuk air.. dalam sejarah dunia ni, the 1st singer letak mic high notes kaw kaw, terbaik.. “

” Paling win mic atas lantai haha.. omaigadd kak lina, amazing.. Powerrr Suara dia dengan Rina memang besttt.. “

” Endinggg diA mmg kaklina no syatuuu xado lagi mic kat lantai.. She memang penyanyi. Kalini all out terus mic letak lantai. Menyala.. tak pernah orang buat kak lina, kau dah kenapa.. berat ke mic tu kepom haha.. ” 

Persembahan pembukaan yang memukau daripada Kak Lina dan Rina. Jika duo Lina Rina masuk bertanding sama, mesti boleh menjadi juara mingguan. Apa-apa pun, semoga Kak Lina dan Rina akan terus menghiburkan semua penonton setia Big Stage Alpha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Media Hiburan Official, Tiktok Dayne Karap

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak