Artis / Selebriti
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen

Video anak Sairah Tarudin, Umai dan Amad menyanyi live lagu Seribu Kemanisan raih pujian ramai. Fuh suara dua beradik ni memang power. Amad dah macam mini Tokti masa muda-muda dulu, padu sungguh suaranya..
Nama anak-anak Siti Sairah Tarudin iaitu Umai dan Amad menjadi sebutan ramai. Umai memang sudah terbukti kehebatannya di peringkat antarabangsa dalam bidang nyanyian. Amad pula baru memulakan langkah untuk lebih menyerlah di khalayak ramai dan baru beberapa kali menyanyi secara terbuka.
Rentetan nyanyian Amad ketika busking di Bukit Bintang baru-baru ini, Amad dan Umai serta ibu mereka dijemput ke Radio Era FM. Elly Mazlein atau Kak Lina menemubual Umai dan Amad dan dua beradik ini turut menyanyi beberapa buah lagu untuk semua pendengar Era.
Meninjau entry di akaun Instagram Era, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Umai dan Amad memenuhi permintaan warganet untuk menyanyikan lagu popular ibu saudara mereka, Biduanita Negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Seribu Kemanisan.
Sebagaimana yang warganet dengar ketika di live Sairah, begitu juga lah mantapnya suara Umai dan Amad menyanyi di konti Radio Era. Lagu ini sememangnya sudah menjadi ‘makanan’ Umai dan Amad. Kedua-dua ada tone suara yang sedap dan merdu. Part suara tinggi juga tidak menyukarkan Amad dan Umai untuk tarik suara.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Umai ni nampak garang jugak dgn adik. Ready je nak dihempuknya si Amad kalau salah nyanyi nanti ni.. “
” Hahaha.. Mini tokti si adik tu.. Umai memang lemak betul suara.. love sangat.. Bestnya dapat anugerah suara yang merdu.. “
” Goosebump.. sedak semmo soro anok2 Saerah haishhh.. melting betul dengar suara Amad tu.. Amad tarik macam tokti.. Amad nye tarik masa chorus “Semarakkanlah warna asmara” leh lawan tokti.. “
” Muka umai.. “amad ni kangggg” haha.. kakak2 mmg mcm tu kan sarah.. kak su doakan semoga umai & amad menjadi kebanggaan mcm mak iti satu masa nanti.. “
” Amad warisi kemerduan & lenggok tokti.. umai pulak warisi teknik vokal & nilai komersial tokti.. dua2 sedap sangat.. semoga adik2 berjaya & kekal humble mcm makcik awak ye.. “
” Kita cair dengar version ni.. terbaik lah suara adik Umai tu sedap betul.. Its running in their blood.. with different vibes, era, style and of course different pesona. goodluck anak anak .. maju terus.. “
” Amad suara sedapnya.. umai amazing.. Best nyaaa .. hakak peminat Umai.. sekarang nak minat Amad pulakkk hehehe.. “
” Penyanyi cmni kita nak.. bersahaja, jelas and lagu tu feel bila kita sbgai pendengar.. key amad tu.. key asal siti nurhaliza original lagu tu.. “
” Fuhhh. Mmg darah seni sungguh. Tolonglah bg lagu raya kat amad ni. Suara mcmni tgh sedap nyanyi. Mcm anuar Zain dgn kain pelekat tu.. “
Siapa yang tidak meremang mendengar paduan suara yang hebat daripada Umai dan Amad ini. Bakat besar yang boleh menjadi pelapis kepada penyanyi yang ada sekarang. Semoga Umai dan Amad menjadi penyanyi tersohor dan sehebat DS Siti serta meneruskan legasi keluarga mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak