Viral
” Allahuakbar, hancur lebur hati saya tengok wajah ceria Zara ni. Cantik dan manis orangnya.. ” – Komen Netizen
Ibu kepada mangsa buli sekolah di Sipitang muatnaik video kenangan arwah Zara Qairina buat ramai sebak. Cantik dan selalu mengukir senyuman. Pengakhiran hidup adik Zara yang menyedihkan gara-gara dibuli..
Selepas tragedi pelajar UPSI dan tragedi Sungai Korok, negara dikejutkan pula dengan berita tragedi seorang pelajar terjatuh dari tingkat 3 sebuah asrama di Sabah. Mangsa itu dikenali sebagai Zara Qairina Mahathir seorang pelajar cemerlang dari Sipitang, Sabah.
Menurut portal Berita Harian Online, adik Zara merupakan pelajar tingkatan 1 Sekolah Menengah Agama Tun Datu Mustafa Limauan, Sabah. Ibu kepada adik Zara mendakwa anaknya ini dibuli oleh sekumpulan senior di asrama dan membuatkan anaknya itu sedikit tertekan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Norabidah1, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suntingan video kenangan adik Zara oleh ibunya. Zara kelihatan sangat ceria dalam semua video tersebut dan senyuman tidak lekang dari mulutnya itu.

Kapsyen ibu Zara juga menyentuh hati warganet. Mendoakan agar anaknya tenang di negeri abadi, ibu Zara mengatakan Zara kini sudah tidak sakit lagi. Bahagia melihat wajah Zara, namun takdir sudah tertulis hidup Zara akan berakhir sebegitu. Ini adalah kenangan yang akan kekal bersemadi dalam hati ibu Zara selamanya.
Jom tonton video di bawah :
@norabidah1 Semoga Zara tenang di negeri abadi.Skrg Zara dah x sakit lg.. Bonda abadikan video ini khas utk anak Bonda @jhyan.nr buat kenangan utk thn2 akan dtg..Doakan Zara ya sygku ❤️ #KesBuli #ZaraDalamKenangan #20122025 #Sipitang #Sabah
@norabidah1 Satu Dunia mendoakanmu Zara cantikkk 🥺😢😭 In Shaa Allah akan terungkap semua kebenarannya 🤲 #KesBuli #ZaraDalamKenangan #20122025 #Sipitang #Sabah
Lebih 36 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Al-fatihah adik Zara Qairina.. cantiknya arwah.. cantik je kena buli, cerdik je kena buli.. semoga ada keadilan untuk adik Zara.. “
” Zara ni cantik, baik tapi ada jugak kes buli yang terjadi dekat dia.. sebaya anak saya, nama pun zara jugak.. takziah puan.. “
” Dia seorang yang ceria je tapi pembuli tu rampas keceriaan dia sikit demi sikit.. Moga Zara tenang di sana. Al-fatihah untuk adik Zara.. “
” Cantik dan manis orangnya.. ya Allah nangis saya baca.. kalau tanya kawan sekelas atau yang rapat dengan arwah mesti tahu macamana dia dibuli.. kawan-kawan sekeliling mesti nampak dan dengar.. “
” Allahuakbar hancur lebur hati saya tengok wajah ceria Zara ni. anak yang ceria tapi sayangnya berakhir hidupnya dengan tragis.. alfatihah buat Zara.. “
” Sedih baca.. semoga ibu abah dan sabar. semoga adik Zara ditempatkan bersama orang orang yang soleh di syurga firdausi.. “
” Cantiknya kamu sayang.. tenanglah di sana wahai anak.. takde siapa yang akan menyakitimu lagi. Allahu rasa terkesan sanagt sebab ada anak sebaya dengan arwah.. “
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Semoga keadilan untuk adik Zara akan diperolehi dan seluruh keluarga adik Zara diberikan kekuatan untuk melalui waktu sukar ini. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk adik Zara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norabidah1, Tiktok jhyan.nr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

