Artis / Selebriti
” Alhamdulillah wife saya selamat melahirkan anak ke 3 kami, 1.25am pagi tadi.. ” – Izham Tarmizi
Suami Mia Ahmad, Izham Tarmizi Kongsi Gambar Bersama Cahayamata Ketiga Mereka Yang Baru Sahaja Dilahirkan. Alhamdulillah, Dah Selamat Bersalin Mia. Hitam Lebat Rambut Babynya, Pipi Pun Chubby Tu. Tahniah Mia !!
Meninjau akaun Instagram suami kepada pelakon Mia Ahmad iaitu Izhar Tarmizi, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan Izham meriba seorang bayi. Memaklumkan berita gembira tentang kelahiran cahayamata ketiganya bersama Mia, berita ini mendapat perhatian ramai.
Sebagaimana yang diketahui umum, Mia dan Izham telahpun dikurniakan dengan 2 orang anak sebelum ini iaitu Sayf Isa dan Iris. Baru sahaja beberapa hari yang lalu menyambut anniversary yang ke 6, pastinya kelahiran si kecil ini menjadi hadiah paling bermakna untuk pasangan ini.
Ujar Izham, Mia telahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 1.25 pagi tadi. Ucapan terima kasih diungkapkan oleh Izham untuk semua yang mendoakan untuk keselamatan dan segala urusan Mia ketika dalam proses melahirkan.
Sehingga saat ini, masih belum ada perkhabaran baru daripada Mia sendiri. Pastinya Iris yang paling happy kerana sudah ada geng main masak-masak selepas ini. Baby girl pun kelihatan chubby pipinya dari pandangan sisi, mesti comel macam kakak dan abang dia.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkhabaran ini telahpun meraih belasan ribu tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah membanjiri posting ini dan antara komen-komen warganet :
” Congratulations ayoh ji and kak Mia. Alhamdulillah, semuge dipermudakan urusan sihat ibu Dan anak… selamat berpantang.. “
” Alhamdulilah.. tahniah jie izhamtarmizi24 .. smoga ianya mnjdi ank yg solehah tuk kdua ibubapanya.. aamiin.. “
” Tahniah izhamtarmizi24 dan mia.ahm4d dapat cahaya mata ketiga semoga dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat.. “
” Tahniah Tuan Izham dan Kak Mia. semoga baby membesar dengan sihat dan berjaya dunia akhirat. Chubby nampak pipi tu, comel.. “
” Alhamdulillah.. tahniah izham dan mia.. semoga baby sihat² selalu.. Aaminn. Hitam lebat rambut baby, pipi pun nampak chubby tu.. ee tak sabar nak tengok muka baby.. “
” Alhamdulillah tahniah ayoh jie dan mia. Semakin barakah famili besar bos. Baby girl nampak bambam pipi tu, mesti comel ni.. Cepat2 tunjuk muka baby ye.. “
” Alhamdulillah rezeki dtg lagi. Tahniah dpt baby yg ke 3. Selamat berpant4ng Mia moga cepat sihat kembali.. “
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Mia. Tahniah daripada kami di Berita Kopak atas kurniaan ini. Selamat berpantang Mia dan semoga Mia cepat sembuh dan baby girl juga membesar dengan sihat.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Izham Tarmizi, IG Mia Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Ina jawab, soalan kontroversi ni. Bila isteri bijak jawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Talita dah besar tone suara macam ibu. Suara serak serak macam tu, sebijik tau gaya Siti Sarah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sampai tak perasan muzik dah dihilangkan. Vokal sangat best walaupun tanpa muzik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ko jangan sampai laki dia datang cek nadi ko.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Aku menangis teresak-esak weh part ni. Sedih dengar Shuib nyanyi lagu ni, lagu kesukaan Jep.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Bila Kak Zie, main-main yer. Tak payah lah baca. Ye ke, bila, bila, haha.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Wah, gender and name reveal. Congrats Aina and Aqief.. ” – Komen Netizen