Artis / Selebriti
” Alhamdulillah, tahniah Kak Nurida cantik.. ” – Netizen
Kongsi Luahan Syukur Berjaya Khatam Al-Quran Pada Hari Nuzul Al-Quran, Posting Isteri Rizman Nordin, Nurida Suraya Raih Perhatian Warganet. Wah Cantik Hadiah Rizman Untuk Isterinya. Tahniah Nurida !!
Bagi mengenali pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin pasti tahu Rizman sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nurida Suraya dan dikurniakan seorang cahaya mata yang diberikan nama sebagai Rizqaa.
Meninjau di akaun Instagram Nurida, telah berkongsi kata syukur setelah dirinya berjaya khatam Al-Quran dalam bulan ramadan dan paling istimewa hari khatam Al-Quran Nurida itu pada hari Nuzul Al-Quran baru-baru ini.
Jika dilihat pada gambar yang dikongsikan oleh Nurida, Rizman juga telah memberikan ucapan tahniah kepadanya dengan menghadiahkan satu pasu bunga segar dan berserta kad. Perkongsian Nurida tersebut telah mendapat perhatian warganet.

Selain itu, penampilan Nurida yang sopan dan mengenakan solekan yang nipis pada wajahnya juga mendapat pujian warganet. Sehingga kini posting Nurida telah mendapat lebih 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatniak ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata ucapan tahniah kepada Nurida atas kejayaannya khatam Al-Quran. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Alhamdulillah syukur ya Allah. Congratulations Kak Nurida, hari bermakna tu, semoga Kak Nurida terus istiqamah dalam mencari ilmu agama.. “
” Alhamdulillah. Syukur, tahniah kak, semoga dimurahkan rezeki selalu dan bahagia bersama keluarga tersayang.. “
” Wow special hadiah Rizman untuk isteri berjaya khatam al-quran. Syukur tahniah smoga terus berjaya Nurida.. “
” Tahniah bestnyerr, cantiknya Nurida, tak makeup pun nampk berseri-seri. Alhamdulillah, syukur Nurida berjaya khatam.. “
” So sweet baca ucapan Rizman di kad tu, semoga kalian berdua terus kekal bahagia hingga ke syurga. Btw wife Rizman memang cantik.. “
” MasyaAllah tahniah. Semoga Allah limpahkan rezeki buat Nurida dan Rizman sekeluarga, bestnya dapat khatam quran bulan puasa.. “
” Alhamdulillah tahniah sis, dah lah cantik, rajin pula baca Al-Quran. Semoga Allah beri ganjaran pahala yang banyak buat sis.. “
Alhamdulillah, tumpang happy dengan kejayaan Nurida dapat khatam Al-Quran. Apa-apa pun, semoga Nurida dan Rizman terus bahagia bersama dan akan lebih berjaya nanti dalam bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nurida Suraya, Rizman Nordin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni baru betul one in milion, beautiful inside and outside. Comel je Amira mengaji sambil pegang perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sekejap yer, saya terkejut. Sekejap, sebab ada reverb. Ingatkan untuk hos-hos sahaja.. ” – Datin Lisa
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sembang serupa baba hang Jayden oiii. Betul anak bapak ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Alhamdulillah, Sky berani baca Al-Quran depan orang ramai.. ” – Komen Netizen

