Artis / Selebriti
” Alhamdulillah selesai majlis maulud dan cuk0r jambul.. ” – Dr. Puteri Julia Nabilah
Gambar-Gambar Sekitar Majlis Maulud Dan Cuk0r Jambul Cucu Dato’ Ziela Jalil, Tun Alayna Zeeya and Tun Ameena Zeeya. Comel-Comel Cucu Dato’ Ziela !!
Meninjau ke akaun Instagram Dr. Puteri Julia Nabilah iaitu anak kepada penerbit dan pelakon, Dato’ Ziela Jalil, beberapa gambar sekitar majlis Maulud dan Cuk0r Jambul anak-anaknya, Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya tempoh hari telah dikongsikan.
Bertemakan warna merah, semua tetamu yang hadir termasuk beberapa rakan artis turut mengenakan pakaian mengikut tema. Manakala dua orang puteri Dr. Julia pula kelihatan sangat manis mengenakan gaun berwarna putih.
Majlis cuk0r jambul ini diadakan untuk anak kedua Dr. Julia iaitu Tun Ameena Zeeya yang dilahirkan pada 14 Januari lepas. Majlis nampak begitu meriah dan segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Perkongsian Dr. Julia ini telah menerima lebih daripada 6 ribu tanda suka buat masa ini sejak ia dimuatnaik. Nampak cantik sekali potret keluarga Dr. Julia dengan anak-anak yang cukup comel dan secantik ibunya.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Untuk rekod, Dr. Julia merupakan anak sulung Dato’ Ziela menerusi hasil perkongsian hidupnya bersama Allahyarh4m Tan Sri Megat Junid Megat Ayub. Anak kedua Dato’ Ziela merupakan anak lelaki bernama Megat Jufri Nasrullah.

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga kedua-dua cucu Dato’ Ziela, Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah serta berjaya di dunia dan di akh1rat. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Puteri Julia Nabilah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Touching lah tengok Che Ta ci um tangan menantu dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen

