Connect with us

Artis / Selebriti

“ Alhamdulillah, saya Alumni UITM sangat berbangga dengan Dato’.. ” – Netizen

Bagai Sireh Pulang Ke Ganggang, Dato’ Haji Rizalman Ibrahim Kongsi Video Dilantik Sebagai Ahli Lembaga Pengarah UITM Buat Ramai Tump4ng Gembira Dan Bangga. Wah, Tahniah Dato’ Atas Penganugerahan Yang Diterima. Terbaik !!

Anak kelahiran Georgetown Pulau Pinang pada Oktober 1971 yang diberi nama Dato’ Haji Rizalman Ibrahim merupakan salah seorang pereka fesyen tersohor di Malaysia malahan seorang yang sangat disegani dalam kalangan penggiat industri fesyen tempatan. Hasil sentuhan rekaan Dato’ Rizalman bukan sahaja disukai selebriti tempatan tetapi turut mendapat tempat di hati golongan kenamaan dan atasan.

Terbaru, satu video Instagram yang dimuatnaik oleh Dato’ Rizalman sendiri sebagai perkongsian bahawa Dato’ Rizalman kini telah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA. Wah, tahniah Dato’ Rizalman di atas kelayakan dan anugerah yang diterima.

Melalui perkongsian tersebut, tulis Dato’ Rizalman dengan ucapan “Terima Kasih tidak terhingga pada Pengurusan Rizalman Ibrahim of Companies serta Yayasan RI di atas klip”. Selain itu, Dato’ Rizalman juga menyatakan “Of course I have to announce this glorious occasion with a certain class and standard”. Tak sabar nak tunggu pengumuman daripada Dato’ Rizalman.

Sesiapa sahaja yang memiliki dan menggalas posisi seperti ini pastinya ianya akan menjadi satu cabaran yang sangat besar dan perlu dilakukan dengan penuh tanggungjawab. Tulisnya juga, Dato’ Rizalman berjanji selagi hay4t terkandung sebagai seorang rakyat Malaysia, dan sebagai bangsa Melayu, sebagai umat Nabi Muhammad SAW dan sebagai makhluk ciptaan Allah SWT, beliau pasti berkhidmat selagi diperlukan bakat dan kudrat.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

https://www.instagram.com/p/CGZfNpDJQ7K/

Seperti yang diketahui umum, untuk mendapat posisi yang berpangkat tinggi malahan jawatan seperti pengarah di sebuah universiti yang mempunyai nama di Malaysia hendaklah mempunyai dan menepati kriteria-kriteria dan kelayakan yang ditetapkan. Namun begitu,  perkongsian Dato’ Rizalman yang merupakan seorang alumni UITM Mara ini rata-rata mendapat pujian dan sokongan daripada netizen. Ramai yang mengucapkan tahniah dan tump4ng gembira. Antara komen-komen netizen :

“ Tahniah tumpang bersyukur alhamdulillah. InsyaAllah moga diberi kekuatan dan daya fikir yang hebat utk menggalas amanah bangsa agama dan negara ini.. “

“ Ini baru betul bukan yg asal kayangan lulusan london. Alumni UITM. Proud UITM dihatiku.. “

“ Alhamdulillah dato’.. akhirnya.. Selayak2 nya. Saya alumni uitm sgt berbangga dengan dato’. Pernah terdetik di hati saya dato’ org paling layak utk jawatan tersebut.. “

“ Syukur Alhamdulillah and Congratulations.. You deserved it.. ni baru dikatakn sireh pulang ke gagang.. “

“ Alhamdulilah. Congrats Dato. Semoga Allah permudahkan usaha Dato untuk berbakti buat agama, bangsa & negara. Ni baru NGAM.. “

“ Alhamdulillah. Tahniah Dato. Moga dapat membantu anak2 yg kurang mampu menggapai impian mereka.. “

“ Alhamdulilah.. syukur Ya Allah.. Tahniah Dato.. Pergghhhhhh das4ttt Dato.. Tahniahhhhh.. “

Menjadi seorang pereka fesyen bukanlah satu perkerjaan yang mudah namun Dato’ Rizalman dapat membuktikan beliau mampu untuk berjaya dalam bidang fesyen malahan juga dalam pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur perkahwinan dan personaliti televisyen. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan tahniah kepada Dato’ Rizalman atas perlantikan yang diterima. Semoga Dato’ Rizalman sentiasa dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhir4t. Aamiin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG rizalman71

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT