Artis / Selebriti
” Alah kemain seronok dia dapat teka dengan betul, haha.. ” – Netizen
Video Angeline Tan Bermain Permainan Meneka Nasi Dagang Versi Negeri Kelatan Dan Terengganu Sambil Matanya Ditutup Raih Perhatian Warganet. Alahai Part Last Tu Sweet Betul, Terus Peluk Cik Abang Yer Lepas Berjaya Teka !!
Meninjau di akaun Instagram pelakon Angeline Tan telah dikongsikan satu video yang memaparkan Angeline bersama suami tersayang, Sabri Yunus bermain satu permainan. Menerusi video itu, Angeline diminta untuk meneka nasi dagang versi negeri Kelatan dan negeri Terengganu dengan matanya perlu ditutup.
Kelihatan Angeline menutup matanya menggunakan mask dan Sabri memainkan peranan dengan menyuap dua bahagian nasi dagang yang berada di dalam satu pinggan yang disediakan. Ketika merasa satu suapan pertama, Angeline makan sambil ketawa.
Manakala suapan kedua pula, Angeline berkata yang nasi dagang itu agak manis. Angeline membuka mask yang menutup matanya dan memberikan jawapan yang nasi dagang pertama adalah dari negeri Kelantan, manakala nasi dagang kedua adalah dari Terengganu.

Jawapan yang diberikan oleh Angeline tersebut adalah benar dan Angeline begitu seronok kerana telah berjaya meneka dengan betul. Pada akhir video, Angeline meraikan kejayaannya dengan memeluk Sabri dan kedua-dua mereka ketawa bersama.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video oleh Angeline dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Alah kemain seronok dia dapat teka dengan betul, haha.. Masih nampak kemanisan pengantin baru lagi lah pasangan ni.. “
” Berpeluhhhhhhhh tuuuuu, comel betul Angeline, hehe kita tengok pun tersenyum2 tau.. Pandai dia teka nasi dagang tu, hebat.. “
” Haha apa function Abang Sabri putar pinggan tu.. Pening nanti Kak Angie hahaha.. uka betol la tngok dua org ni.. “
” Suka betul tengok pasangan ini.. Semoga pn Angeline dan suami dalam jagaan tuhan, Allah SWT dan saya doakan kalian berbahagia hingga ke syurga Jannah, amin.. “
” Abg Sabri nampak muda Bila pakai t shirt rock.. Pandai Angeline.. Manjaaaanya Angeline dengan Abg Sabri, pasangan paling sweet.. “
” Yang tukang suap tu dh manis kak, hehe.. Maka, besok pagi saya kena beli nasi dagang utk sarapan sedap pula tengok kak makan.. “
” Tetap aura pengantin baru tu tak hilang.. Sy dibesarkan dengan sitcom pi mai pi mai tang tu.. Masa tu age masih lgik belasan tahun.. “
Bijaknya Angeline, walaupun mata dipejam, Angelin masih dapat meneka dengan betul. Mesti nasi dagang versi negeri Kelantan antara makanan kegemaran Angeline. Apa-apa pun sweet sangat melihat Angeline dan Sabri. Semoga pasangan ini terus bahagia bersama dan kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG angelinetanyy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya pakai shawl yang sama sebab itulah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” 1st time tengok KJ tak confident. Tak tentu arah KJ dibuatnya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hempuk tangan ala-ala style gangster. Sakit perut ketawa tengok Trice.. ” – Komen Netizen

