Artis / Selebriti
” Aku tak boleh tengok muka Aepul tu, lawak terkena dengan Namie.. ” – Komen Netizen

Video Reaksi Aepul Roza Apabila Namie Rosakkan Lagu Barunya Buat Warganet Terhibur. Namie Balas Dendam Nampaknya. Muka Aepul Nampak Redha Tapi Geram. Part Aepul Buat Bunyi Itik Tu Paling Lawak, Haha !!
Pada perkongsian terdahulu, Namie ada berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya terkena dengan Aepul Roza. Menerusi video ini, Aepul langsung tidak memberi peluang untuk Namie menyanyi. Untuk makluman semua juga, Aepul telah pun mencipta satu lagu untuk Namie yang diberi tajuk Apa Lagi.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Namie, telah dimuatnaik satu video yang menunjukkan Aepul dan Namie berlatih menyanyi lagu Apa Lagi. Kali ini, Namie tidak memberi muka kepada Aepul dan membuat perangai yang tidak dijangkakan oleh Aepul.
Pada awal video, Aepul memulakan nyanyian dan selepas itu Namie menyambung nyanyiannya itu. Disangkakan Namie akan menyanyi dengan lirik yang betul tetapi meleset kerana Namie merosakkan lagu itu dengan sambungan lirik lagu nasyid.
Ekpresi wajah Aepul ketika mendengar lagu nasyid yang dialunkan oleh Namie itu menggeletek hati warganet. Aepul mengetap bibir dan meneruskan petikan gitarnya dengan wajah yang geram. Habis sahaja Namie menyanyi, spontan Aepul membuat bunyi itik ‘ Kwekk ‘ yang selalu Namie sunting di akhir video.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha otak aku dah makin rosak.. Aepul bunyi itik manual ye bang haha.. Sabar ye Aepul.. kalini dia balas balik, 1 sama kalini ni Namie.. kwekk kweek kweek.. ”
” Akhirnya dendam terbalas juga haha. Muka aepul bila namie masuk lagu lain, haha.. dia ni pakar betul kona lagu.. ”
” Asal masuk hijjaz tetiba ni? Hahahaha.. Tapi kena lah bang.. barai la kau Namie, hijjaz masuknya. Aepul sampai quack sendiri tanpa edit, haha.. ”
” Haha sifunya kuekkk, betul punya geram tu haha.. Sekali hijjaz daa.. bongok la Namie. Aku tak leh tengok muka Aepul tu, lawak terkena dengan namie kali ni.. ”
” Hahaha sendiri tambah kwekk dkt hujung haha. stress betul Aepul dengan Namie haha.. balas balik ni.. ”
” Menahan amarah je sifunya sampai terkeluar quekkk manual haha.. konar baring ni namie, tetiba masuk nasyid haha.. ”
” Dia pusing arah lah hai. aepul tu Nasib org Nye sabar, kalau tak makan guitar Si Namie tu haha.. aku la dengan namie ni, penat ketawa.. ”
Lawak sungguh ekpresi muka Aepul apabila mendengar Namie ‘merosakkan’ lagunya itu. Lagu nasyid itu pula kena sangat dengan rentak lagu yang dinyanyikan. Bunyi itik ‘manual’ juga mencuit hati ramai. Redha sahaja Aepul ada anak murid kaki ‘konar’ lagu seperti Namie, haha.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Namie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin