Artis / Selebriti
” Aku pulak nak nangis. Zahnita begitu kuat harungi segala pahit getir dalam rumahtangga dia.. ” – Komen Netizen

Video behind the scenes Sembang Wanita bersama Zahnita Wilson buat ramai sebak. Sedihnya dengar perbualan Zahnita dan Kiffy Razak. Bila tengok wawancara, lagi berganda sayu mendengar perkongsian Zahnita..
Negara digemparkan dengan isu keganasan rumahtangga melibatkan bekas model terkenal, Zahnita Wilson. Zahnita sudah lama menyepi dalam industri dan sekarang sedang giat mengusahakan perniagaanΒ Humble Pie. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Zahnita.
Meninjau entry di akaun Instagram Kiffy Razak, telah dikongsikan behind the scenes ketika Zahnita ditemuramah untuk podcast Sembang Wanita Mingguan Wanita. Kiffy sudah lama mengenali Zahnita sejak awal penglibatan Zahnita dalam bidang peragaan lagi.
Sedih hati warganet melihat perbualan Zahnita dan Kiffy apabila Zahnita memberitahu dia tidak ada barangan makeup dan kasut baru. Model yang suatu ketika dahulu popular, siapa sangka nasibnya menjadi seperti ini. Kiffy turut membawakan Zahnita sepasang kasut baru dan ini menyentuh hati Zahnita.
Turut dipaparkan sedutan video temuramah Zahnita. Sekuat-kuat hati seorang wanita, Zahnita kalah juga sewaktu bercerita mengenai kisah hidupnya. Bukan hanya Zahnita yang menangis, host podcast juga menangis kerana turut merasai kepedihan yang ditanggung oleh Zahnita.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Kiffy ini membuatkan ramai yang sebak. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dulu waktu tengok wajah dia yang takde seoles mekap pun, macam respek n heran jugak, knowing that dia dulu model. So ingatkan dia tak kisah sgt dgn penampilan orang tgk dia tanpa mekap, rupanya. Allahuakbar.. “
” Aku pulak nak nangis.. terharu lihat Zahnita begitu kuat harungi segala pahit getir dalam rumahtangga dia, Aku sbgai org tua sbgai wanita doa Zahnita berbahagia dengan life baqu dengan anak anak.. “
” Menitik air mata saya. Zahnita dah start glowing wpon mekap nipis je kecantikan tetap terserlah tp serius dia cantik.. “
” Semoga zahnita terus cekal, bina hidup dan karier baru bersama anak2 tersayang, jauh dari dunia toksik serta semakin cantik.. aduhh menitik pulak airmata time typing ni.. “
” Sedihnya saya. Kalau saya zahnita saya mgkn tak mampu sekuat dia. Dia wanita menakjubkan.. moga ada sinar yg cerah di dpn sana utk sis zahnita.. “
” Ya Allah aku menangis sedih sangat. turut bersimpati , dugaan buat beliau n berharap semoga baik2 sahaja.. Dia sgt cntik. Yg kuat bertahan. Moga slpas ni pelangi terus terang hidupnya dan anak-anak.. “
” Ya Allah kesiannye dia. Smpai baju baru xde. Brg make up xde. Tp bertahan smpai 20thn. dulu sorang model femes. Pnyla penyabar dan takde nk publish sana sni. Very strong women.. “
Ramai yang menyokong Zahnita dan mendoakan segala yang baik untuk Zahnita. Semoga ada sinar bahagia untuk Zahnita dalam menempuh kehidupan selepas ini bersama anak-anak dan kebahagiaan menjadi milik Zahnita. Terus kuat dan menjadi wanita yang berjaya Zahnita.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Kiffy Razak, tiktok Nona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nanti jadi macam kulit Appa ‘black color’.. ” – Nik You Rina
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Straight to the point, takde nak berkias panjang-panjang. Terang, jelas dan nyata terus Dato’ bagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Comel nama baby Ain. Simple tak ada berbelit-belit lidah nak sebut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Eeee sebab tu takut tengok, akan ternangis bha.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Budak tak pandai menipu tau. Abang Long jangan cakap kebetulan pulak ekk. Neyyy, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Orang belakang tu jantung tercabut sesaat. Muka dah cuak takut ibu terlepas cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terus jadi hyper yer Kak Long. Cara cakap pun dah tak ada lembut-lembut, haha.. ” – Komen Netizen