Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku ingat mak aku dah cukup garang. Ini dia rebus anak weh, haha.. ” – Mamat Sepah

Perkongsian Video Zamani Slam Mengenai Kisah Kenangan Bersama Bapanya Di Dol’s Podcast Buat Warganet Terhibur. Fuh Memang Betul-Betul Garang Ayah Zamani Ni. Dah Macam Ubi Kena Rebus. Berdekah Mamat Dan Fizi Gelak, Haha !!

Meninjau entry di akaun Tiktok Dol’s Podcast, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan perbualan antara Zamani Slam bersama Mamat Sepah dan Fizi di siri Dol’s Podcast. Banyak yang dibicarakan oleh mereka sepanjang podcast ini berlangsung.

Salah satu yang diborakkan oleh Zamani adalah kenangannya bersama bapanya ketika kecil dahulu. Cerita Zamani, ayahnya seorang yang sangat garang. Ada satu peristiwa yang terjadi kepada Zamani yang membuatkan Mamat dan Fizi terbahak ketawa.

Sangka Mamat, ibunya adalah yang terpaling garang. Rupa-rupanya ayah Zamani lagi garang. Dek kerana terlalu sedih menonton drama, Zamani menangis teresak-esak dan perbuatannya itu ditegur oleh ayahnya. Gara-gara masih lagi menangis, ayah Zamani membuat sesuatu yang tidak diduga.

Zamani diangkat oleh ayahnya itu dan dicelup dalam kolam air. Terbahak Mamat gelak, sudah seperti ubi kena celup. Boleh tahan garang ayah Zamani, biasa lah anak lelaki tentu lah hendak dididik supaya kuat tidak hanya fizikal tetapi juga jiwanya.

Jom tonton video di bawah :

@dolspodcast

Bersama Zamani menceritakan kisah bapa beliau yang garang. Kena marah sampai kena rendam dalam kolah. Layan Episod 16, 8 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Jom dapatkan BLANK CAR PERFUME sekarang melalui pelbagai platform ONLINE & RESELLER yang berdekatan. Jangan lupa FOLLOW: IG / FB : @blank.malaysia TikTok : @BLANK MALAYSIA HQ !! BLANK CAR PERFUME, Bauan kereta fresh yang mampu memikat !! β€œ MOMENT OF FRESHNESS” @Shuib Sepahtu @Fizie Roslan @shuksahar @Mamatsepah_Nana @Zamani Ibrahim #DolsPodcast

♬ Comedy Bassoon – Andromeda

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Podcast yang sememangnya ditunggu-tunggu.. Best layan Zamani sembang.. tu tanda Zamani ni orang yang hatinya lembut dan baik.. “

” Sebab tu suara jadi sedap tu, habis clear semua kahak-kahak kena rendam.. abg zamani ada cerita sebelum ni, filem melayu yg dia tgk time tu Lela Manja.. “

” Yang zamani pulak sampai menangis kenapa haha. mana tak geram bapaknye haha.. adui tergelak pulak membayangkan situasi tu.. “

” Fuh Zamani, idola.. Mamat ingat mak dia cukup garang, rupanya ada lagi garang dari tu, haha.. “

” Comel je, kelakar pun ada.. abang Zamani banyak senyum kat sini.. manis tu ada lagi.. steady lah zamani rambut tak beruban lagi.. “

” Bapak aku lagi garang, membesar hanya tengok berita dan muqaddam je kadang kartun hari ahad.. “

” Garang tahap apa ni? anak nangis tgk cerita sedih kena rendam dlm kolam.. tp mungkin dia taknak anak lelaki dia cengeng, nak suruh jadi kuat.. “

Lucu pun ada mendengar cerita Zamani mengenai bapanya itu tetapi kerana didikan ayah yang segarang itu terhasilnya Zamani yang lembut tutur kata dan berjaya seperti sekarang. Semoga Zamani terus maju jaya dan berjaya dalam karier seninya itu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Dol’s Podcast

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT