Artis / Selebriti
” Adoi dekah la aku dengan Rina ni. Part last tu sampai Ajai pun terduduk, haha.. ” – Komen Netizen
Video Nyanyian Duet Rina Nose Dan Ajai Di Rancangan The Hardest Singing Show Buat Penonton Terhibur. Random Betul Lah Rina Ini, Di Luar Jangkaan. Sedap Suara Rina, Tapi Bila Lupa Lirik, Terus Hancur Lagu Dibuatnya. Ajai Pun Surrender, Sampai Terduduk Kat Tangga, Haha !!
Rina Nose antara pengacara negara jiran Indonesia yang mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Selepas mengacara bersama Elly Mazlein di Big Stage pada tahun lalu, Rina terus mendapat banyak tawaran sebagai host dan terbaru adalah rancangan The Hardest Singing Show Malaysia (THSSM).
Meninjau akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Rina ketika berduet bersama Ajai. Ajai hadir di THSSM semalam sebagai juri jemputan dan permintaan duet bersama Rina secara spontan sahaja. Rina memang sudah biasa dan mesra dengan Ajai kerana pernah bekerjasama sebelum ini.
Lagu dendangan asal Ajai dan Krisdayanti berjudul Hati Ini Telah Dilukai menjadi lagu pilihan Rina. Suara Rina tidak disangkal lagi merdu dan sedap didengar. Ajai seperti biasa, tetap maintain suaranya walaupun lagu ini sudah berbelas tahun usianya.

Sambil melayani persembahan Rina dan Ajai, penonton turut ketawa besar apabila Rina terlupa lirik dan membuat melodinya sendiri. Ajai juga sudah memahami Rina dan turut ketawa bersama. Terduduk Ajai di tangga melihat cara Rina coverline kerana terlupa lirik itu.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Rare betul #RinaNose duet dengan #Ajai 😭😭😭 #TheHardestSingingShow #fyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Rina Nose semua benda dia tapau.. best tak over.. natural kelakar.. terbahak betul tengok rina dengan ajai ni.. ”
” Kelakar lah Rina Nose part last tu sampai Ajai pun terduduk haha. Teknik nyanyi yg last tu tak semua org terbuat.. bole jadi trademark Rina Nose.. Rina Nose terbaik.. Mesti gelak.. confirm.. ”
” Adoi dekah la aku dengan Rina ni.. Lawak Rina memang menghiburkan.. crack betul dia ni, masuk air. Haha.. ”
” Walau pun nyanyi macam main-main jer tapi tetap mantap.. suka Rina ni menceriakan suasana.. ”
” Pandai betul Rina coverline bila tak ingat lirik tu.. Ajai pun tak tahan tergelak dengan peel Rina ni. Dia bantai je tapi sedap dengar.. ”
” Sumpah berdekah aku ketawa tengok Rina ni. Dengan Ajai pun dia boleh selamber je rosakkan lagu orang tu haha.. ”
” Rina Rina, part tahu je panjang eh haha.. ni kalau betul-betul duet dengan Ajai, mahu terduduk bekali-kali Ajai haha.. lawak betul Rina.. ”
Rina bukan sahaja host tetapi penghibur sejati. Ajai yang serius pun boleh tergelak dengan telatah Rina itu. Jika terlupa lirik sahaja, tentu akan keluar melodi random daripada Rina. Teknik nyanyian eksklusif yang hanya Rina seorang sahaja boleh membuatnya, terbaik lah Rina.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

