Artis / Selebriti
” Adik satu-satunya peminat dapat menjatuhkan Fasha Sandha, hebat kau dik.. ” – Komen Netizen
Video gelagat peminat cilik Fasha Sandha ingin merakamkan gambar bersama Fasha buat ramai terhibur. Sekali tergolek Fasha disebabkan adik tu bersandar padanya. Alahai comelnya dik..
Meninjau ke akaun Instagram Fasha Sandha, perkongsian sebuah video yang memaparkan Fasha Sandha melayan peminat ciliknya untuk bergambar telah meraih perhatian ramai. Video tersebut dirakamkan di Absolut Bazar yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila Fasha terjatuh kerana adik tersebut cuba bersandar padanya. Reaksi spontan adik itu pastinya tidak dijangkakan oleh Fasha kerana Fasha sendiri tidak dapat menahan dirinya daripada terjatuh.
Tambahan pula badan adik tersebut yang besar berbanding Fasha yang kurus. Pastinya orang di sekeliling Fasha juga berasa terhibur dan tertawa. Apa pun akhirnya Fasha dan adik tersebut dapat juga merakamkan gambar bersama.

Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ribu tanda suka daripada warganet dalam tempoh tidak sampai satu jam ia dimuatnaik. Fasha juga tidak dapat menahan ketawa kerana boleh terjatuh disebabkan seorang budak kecil sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat peminat cilik Fasha. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Haha, apsal comel sangat ni. Teringat diri sendiri tgolek kt tgh jln. Aduh punya la malu.. Di tu fasha sandha bukan fasha sandar.. “
” Hahahahahahaha ya allah sorry tergelak. So cute.. Comel dua2 jatuh.. itu Fasha Sandha dik, bukan tempat bersandar comel lah.. “
” Comelnyaa dia mungkin nak sandar tapi fasha tak agak pun yg adik tuh nak sandar dekat dia.. kalau aku kat tempat fasha mesti lagik kuat aku gelakkk comellll.. “
” Adik satu2 nya peminat dpt menjatuhkan fasha sanda.. hebat ko dik.. Slim sgt fasha..dgn budak beSaq tue..dia sandar ja dah terlentang fasha.. “
” Adik dah la semangat. Tumbang kak fasha.. Eeee so cute la dik. Jatuh kat fasha SANDHA lak tu . Kenangan manis .. Betul2 dia sandha ye kt aunty fasha.. “
” Ya Allah dikkk .. kakak fasha tu dhla kurus slim melim ko pegi sandar cmtu mmg jatuh ke blkg la kakak fasha.. hahaa comel dedua.. “
” Adikkkk ko tahu dak yg ko g menyandar sampai jatuh tu Fasha Sandha.. knp adik sandha kat fasha sandha? “
Pastinya peristiwa ini merupakan satu kenangan yang tidak boleh dilupakan oleh Fasha. Jika adik tersebut menonton semula videonya ini apabila dewasa, pastinya dia juga akan tersenyum sendiri. Apa-apa pun adik sudah popular di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fasha Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti6 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris

