Artis / Selebriti
” Ada adik ni, hari-hari datang event Cik B.. ” – Cik B
Cik B kongsi video seorang kanak-kanak yang teruja ingin bertemu dengan dirinya buat ramai tersentuh. Sebak baca komen respon daripada ibu adik Saffiya tu. Masa jumpa Cik B pun ibu dia menangis, touching sangat..
Meninjau di akaun TikTok milik anak perempuan usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak bertemu dengan Cik B di Cik B Vaganza Food Festival di Perak baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Cik B dilihat berborak mesra dengan kanak-kanak perempuan yang dikenali dengan nama Saffiya dan mereka sempat saling berpelukan. Cara Cik B melayan Saffiya menyentuh hati ramai. Ianya turut menampilkan sisi lembut Cik B di luar imejnya sebagai seorang usahawan muda yang berjaya.
Selain itu, ibu Saffiya juga turut hadir dan berpeluang bertemu dengan Cik B. Difahamkan, Saffiya sudah lama ingin bertemu dengan Cik B dan setiap hari berhasrat datang ke festival berkenaan semata-mata untuk berjumpa idolanya. Keakraban mereka dalam video itu jelas menunjukkan keikhlasan pertemuan yang dinanti-nantikan selama ini.

Perkongsian video ini membuatkan ramai warganet tersentuh dan sebak. Ramai yang memuji Cik B sebagai seorang yang penyayang dan mudah mesra dengan kanak-kanak. Di ruangan komen, ibu Saffiya turut mengucapkan terima kasih kepada Cik B kerana sudi melayan anaknya dengan penuh kasih sayang, sekali gus menambah lagi nilai positif imej Cik B di mata masyarakat.
Tonton video di bawah ini :
@cikb_havoc Cikb terharu terima kasih orang perak support #perak #cikb #cikbvaganzafoodfest #fyp


Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan ramai yang memuji sikap layanan Cik B terhadap adik Saffiya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terima kasih cikb yg baik hati, awak telah membahagiakan hati seorang anak kecil dan ibunya. Semoga Allah membalas kebaikan awak dengan seribu kegembiraan seperti mana awak membahagiakan anak kecil ni . Aamiin.. “
” Aduhhh… Naik bulu romaku… Cik B.nant Cik B bagi hadiah tau kat adik kecik tu nnt…. Keluar sikit dahnair mata jantan ni.. “
” The way dia depakan tgn nk hug adik tu pn da sebak…dia mbesar ngn serba mewah tp x pena mndongak…stay humble cik b.. “
” Bila dh jadi ibu semua benda pasal anak ja auto mudah mngalir air mata, tak kira anak sendiri atau anak orang lain.. Bila orang layan anak kita baik pun kita dah sebak.. “
” Cik B pn budak yg baik, budak pn suka nk dekat dgn org yg baik.. Cik B memang hebat…. Hormat org sekeliling tua Dan muda.. “
” Anak² dato vida memang tak sombong cik b kacak pandai hormat org atas didikan dato Vida mulut dato Vida selalu sebut anak mama yg hebatt tak sebut yg tak baik.. “
” Cik B ni anak yg bagus.. Sbb tu budak2 suka dgn dia… Sometimes Kita Jgn judge seseorg Dari segi Luaran saja.. Yg paling penting hati yg baik Dari dalam tu yg penting.. “
Moment ini membuktikan bahawa walaupun sibuk dengan kerjaya dan perniagaan, Cik B tidak lupa untuk memberi perhatian kepada peminat ciliknya. Ia juga menjadi pengajaran bahawa sikap mesra dan rendah hati mampu meninggalkan kesan yang indah di hati orang lain, tidak kira siapa.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok cikb_havoc66
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

