Artis / Selebriti
” Ziana duduk pun boleh tarik tinggi. Terbeliak mata Hael tengok Ziana tarik.. ” – Komen Netizen
Video Ziana Zain spontan menyanyi lagu Nadeera Zaini, Bukan Lagi Kita raih pujian warganet. Fuh sambil duduk je Ziana tarik part tinggi tu, terkejut Hael tengok Ziana menyanyi..
Hael Husaini dan Nadeera Zaini antara artis yang membuat persembahan di majlis rumah terbuka Rizman Ruzaini semalam. Selain menyanyi lagu raya duet, Nadeera turut mendendangkan lagu hits yang menjadi siulan ramai berjudul Bukan Lagi Kita.
Seperti persembahan Nadeera terdahulu, Nadeera pasti akan mengajak penonton menyanyi bersama-samanya. Kali ini, Nadeera berpeluang bersama penyanyi lagenda, Ziana Zain yang turut hadir ke majlis ini. Ziana antara penyanyi lama yang sangat humble dan baik dengan semua orang.
Menerusi video perkongsian ini, Ziana menyambung nyanyian Nadeera dan ternyata suara Ziana masih power. Walaupun menyanyi secara santai dan duduk, suara Ziana tetap hebat. Part korus lagu ini dibawakan dengan cukup baik dan sempurna oleh Ziana walaupun ada tersilap lirik.

Hael yang berada di tepi memerhatikan Ziana menyanyi dan memberikan reaksi wajah yang comel. Hael yang mencipta lagu ini juga terpegun dengan kehebatan suara Ziana. Nadeera begitu teruja dapat mendengar Ziana menyanyikan lagunya di hadapan mata. Bersorak semua di situ mendengar lontaran suara Ziana.
Jom tonton video di bawah :
@arleenz8 Bukan Lagi Kita by the one and only @zianazainofficial #fyp #fypage #viral #openhouserizmanruzaini #zianazain
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara kak g tinggi nyanyi lagu nadeera.. kak ziana nyanyi smbil duduk suara dia lg mantul.. zz mmg suara tinggi.. kacang ja dia nyanyi.. “
” Jgn main2 dgn power aura Ziana Zain,,tiada tandingan 90an.. ziana zian duduk pun boleh tarik tinggi mmg hebat my idola.. kalau berdiri lagi meletop.. “
” Abaikan silap lirik tp expression muka Hael dah cukup.. ahh Ziana Zain. ‘Makanan’ dia lagu tu.. mantap Ziana umur 57 msih power.. “
” Gila lah suara… mantap.. power.. reaction hael comel.. Memang kena dengan range suara kak zz ni.. lagend klau nyanyi… sambil duduk jer tarik…. salute laaa.. “
” Nohh reaction Hael Husaini bila tgok Ziana Zain tarik lagu nadeera.. confirm nt kak gee pun dapat lagu dari hael.. “
” Steady la tarik time ddk je. bukan kaleng2 ekkk.. power of song.. Tebeliak mta hael tgok kak zz tarik.. haha nmpak comel je si hael tu.. “
” Sekali nafas dgr kita yg semput.. tiada tandingan dan mantap Mantap vokal Akak Gee… duduk je tu.. belum lagi kalau benar² sedia dan berdiri.. tkejut Hael haha.. “
Vokal Ziana tidak dinafikan memang hebat dan lagu ini cukup mudah untuk nada suaranya yang sememangnya tinggi. Reaksi Hael yang terkejut juga kelihatan begitu comel. Mungkin kah bakal ada lagu Hael untuk Ziana nanti, confirm meletop dan gempak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Arleenz8
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

