Connect with us

Artis / Selebriti

” Zaza looks like Madison Bailey who played Kiara in Outer Banks.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Zahirah Macwilson bersama adik-adik perempuannya, Laikha dan Zaza curi perhatian peminat. Alahai cantik-cantik belaka adik beradik Zahirah. Yang bongsu tu muka mat saleh sangat..

Zahirah Macwilson merupakan anak sulung kepada pelakon Zainol Macwilson dan bekas isterinya, Maslinda Yusoff. Zahirah mempunyai 3 orang adik iaitu Zulaikha Macwilson, Haziq Macwilson dan Zahra Macwilson. Berdarah kacukan British dan Melayu, Zahirah dan adik-adiknya dikurniakan rupa paras yang cantik dan kacak.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Zahirah Macwilson, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Zahirah bersama adik-adik perempuannya, Laikha dan Zaza. Apabila adik beradik perempuan berkumpul, ada sahaja aktiviti mereka yang menyeronokkan dilakukan bersama-sama.

Warganet sangat tertarik dengan Laikha dan Zaza. Selain berwajah cantik, suara Laikha juga sangat menarik perhatian. Zaza pula disifatkan oleh warganet lebih kelihatan mat saleh antara mereka bertiga. Mereka bertiga memang sangat rapat dan sekepala.

Gelagat 3 beradik ini mencuit hati warganet dan ramai merasakan vibes mereka adik beradik begitu menyeronokkan. Ibu Zahirah beruntung kerana mempunyai 3 orang anak perempuan yang cantik-cantik seperti ini. Tidak hairan mengapa anak-anak cantik kerana ibu Zahirah juga mempunyai rupa paras yang jelita.

Jom tonton video di bawah :

@zahirahmacwilson_

Babies @Lakes_Lifts

♬ original sound – Zahirah Macwilson – Zahirah Macwilson

Lebih 150 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Dorang bertiga nie satu ayah dan satu ibu ke? Maaf saya tak tahu.. Cantik2 semuanya dan muka lain-lain.. “

” Yang paling bongsu tu muka sangat mat saleh.. Zaza looks like Madison Bailey who played Kiara in Outer Banks.. “

” Eee suka giler dengar suara baju biru tu! smart giler.. cool giler cara dy bercakap.. Jurulatih bola sepak wanita tu.. hebat.. “

” Eiii muka semua international gewam.. zahirah muka ayah dia, lg 2 suka mak dia. semua cantik.. suka tgk yg baju Biru Tu.. mcm boyish sikit.. muka mcm Maya Karin sikit.. “

” Can buat satu with your mom in it, She pretty too.. zahirah ambik muka bapa,yg baju biru seluar pendek cmpuran mak ayah..yang sorang betul² muka mak dia.. “

” Zaza international looks.. The last one reminds me of girlf Spiderman tu, Zendaya.. adik2 zahirah lgi nampak mature la muka nya… kakak first nampak muda je.. “

” Kejap je zaza dh besar. dulu pernah nampak post u mase dia kecik. hihi.. Bestnya suara adik diaaaa yg bongsu.. Sorg vibe hailey.. yg last vibe zendaya.. “

Cantik-cantik belaka adik beradik Zahirah dan yang bongsu paling menarik perhatian warganet. Seronok Zahirah ada adik-adik yang sporting dan akrab seperti ini. Semoga Zahirah dan adik-adiknya sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dalam kehidupan mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Zahirah Macwilson 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Dark Spot Set

Trending

Copyright © Berita Kopak