Connect with us

Viral

” Yang last tu berdekah aku. Lawak parodi ni, haha.. ” – Komen Netizen

Video parodi Bella dan Sophia Albarakbah oleh Diva H.A buat warganet terhibur. Amboi, bukan main lagi merengus dan pusing kepala tu. Part last tu memang win betul. Bella patut buat macam tu, haha.. 

Insiden yang tercetus ketika Bella Astillah mengumumkan pemenang anugerah Selebriti Feminine Melodi masih menjadi buah mulut di kalangan warganet. Ini kerana pemenang tersebut adalah Sophia AlBarakbah yang pernah ada isu bersama Bella sebelum ini.

Pelbagai respon diberikan oleh wargamaya dan ramai yang memuji cara Bella mengawal emosi dan perasaannya ketika itu. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Diva H.A, telah dikongsikan satu video parodi yang diolah dari kejadian tersebut.

Diva H.A memang dikenali kerana video parodinya yang mencuit hati dan selalu di luar kotak. Kali ini Diva H.A mewakili para netizen yang geram dengan peristiwa itu. Menggunakan suara latar Bella ketika menyebut nama Sophia sebagai pemenang, lakonan Diva H.A menggeletek hati ramai.

Paling kelakar adalah part ketika bunga dan trofi diserahkan kepada pemenang. Jika Bella masih tinggi adab sopannya menyerahkan di tangan, tetapi tidak dalam parodi ini. Apa yang Diva H.A lakonkan membuatkan warganet berpuas hati dan ramai yang bersetuju itu yang sepatutnya Bella lakukan.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Sepatutnya Bella letak je dekat lantai trophy tu haha.. Mcm dlm cite pramlee madu 3 tu.. “yg ni saya kenal.. “

” Yang last tu haha.. berdekah aku.. yang sepatutnya dalam skrip dan sepatutnya dilakukan oleh Bella.. Macam ni la best puas hati haha.. “

” Hahahaha, sepatutnya macam tu bella buat.. Nasib baik bella such a professional one.. kemain berpusing kepala eh. lawak parodi ni.. “

” Tak pernah tak laju buat kerja haha.. adik beradik warn ka ni.. Aku tak leh la tgk muka dia ni.. tak menahan yek haha.. “

” Ini lucu, awak parody terpaling lucu.. tq mewakili kami kami ni.. sepatutnya macam tu lah kan.. suka yang last tu.. “

” Haha patut bunga tu hempuk dekat kepala.. terbaik sepatutnya buat macam ni.. bunyi nafas tu memang menjiwai geram sangat kan.. “

” Patutnya buat mcmtu je kan.. Tq wakilkan bella dan merealisasikan imaginasi kami.. haha. setuju bunganya dicampak.. “

” Bukan main merengus tu haha.. nafas tu tak boleh control ekk haha.. Parody yang ditunggu-tunggu, lawak lah.. “

Parodi yang menghiburkan dan mewakili hati dan perasaan ramai peminat Bella. Diva H.A memang kelakar dan ending parodi yang paling win. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video perkongsian tersebut.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Diva.h.a   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
SHEGLAM Blush

Trending

Copyright © Berita Kopak