Artis / Selebriti
” Ya Allah, bagusnya Thalita. Sebijik ikut perangai ibu.. ” – Komen Netizen

Video Thalita menerima hadiah berupa wang ringgit selepas membuat live mempromosikan produk curi perhatian warganet. Jawapan Thalita apabila ditanyakan apa yang hendak dibuat dengan wang tersebut buat ramai terharu, tak sangka betul..
Semalam telah berlangsungnya live Thalita dan Shuib Sepahtu dan kali ini mereka mempromosikan barangan daripada seorang founder produk kecantikan. Sesi live berlangsung dengan baik dan ramai yang memberikan sokongan terhadap Thalita kerana ini kali pertama Thalita membuat product review.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Poisonkamu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan founder produk tersebut menyerahkan reward untuk Thalita sebelum live berakhir. Hadiah itu diisikan dalam sebuah kotak dan ianya adalah satu kejutan untuk Thalita.
Ketika Thalita membuka kotak tersebut, menjerit Thalita melihat isi dalamnya yang terisi wang ringgit yang bernilai ribuan ringgit. Kata founder tersebut, itu adalah hasil keras Thalita kerana komited menjalankan tanggungjawabnya dan menghiburkan semua dengan nyanyiannya yang merdu.
Shuib bertanyakan apa yang mahu Thalita lakukan dengan wang tersebut dan jawapan Thalita ternyata di luar pemikiran Shuib. Beberapa kali juga Shuib mengulangi soalannya dan Thalita tetap menjawab jawapan yang sama. Warganet terharu dengan sikap Thalita ini yang saling tak tumpah seperti arwah Siti Sarah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@poisonkamu talita dapat hadiahhhh hardwork!! 😍😍😍 #talita
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagusnya talita ikut perangai ibu… dia niat nak sedekah macam ibu, Insya Allah sampai pahala untuk ibu dia.. Semoga dekta berjaya dunia akhirat. Amin.. “
” Alhamdulillah, rezeki anak solehah, fist keluar dari mulut nak sedekah, semoga rezeki adik Talita bertambah seluas langit dan bumi. Aamiin3 ya Rabbal Aalamin.. “
” Ya Allah.. bagusnya dekta.. sebji ikut perangai ibu.. suka bersedekah..smoga murah rzeki lgi dekta.. “
” Bagus Thalita ikut sebijik perangai ibu dia yang suka sedekah.. itu yg terbaik.. berkongsi rezeki seperti arwah ibu Dekta.. sama2 sedekah Al Fatihah pd arwah Sarah.. amin.. “
” Bagus banyak duit sedekah Talita.. sedekah la dekat orang orang yang memerlukan.. semoga murah rezeki slalu dekta. 1st yg dia fikir sedekah dlu, Allahu baikknya hati awq syg.. “
” Syukur Alhamdulillah Talita ikut mcm ibunya… bersedekah.. bagus talita ..teruskn bersedekah ye… mcm arwah ibu awk… sehingga nafas terakhirnya dia tetap bersedekah.. “
” Teringat video yang ibu dia waktu mintak dekat shuibb nak duit untuk sedekah. Thalita bukan sahaja mewarisi suara ibu tetapi sifat mulia ibu juga.. “
Ayat spontan Thalita itu memang membuatkan semua yang ada di situ terkejut. Alhamdulillah, Thalita juga mengikut sikap ibu yang suka bersedekah dan berkongsi dengan orang yang lebih memerlukan. Semoga sedekah yang Thalita berikan pahalanya akan mengalir dan sampai kepada ibu di sana.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Poisonkamu, Tiktok Fansthalita15
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kak Long jerit pun sopan, nasib baik tak lompat kat Abang Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Alaa tang Amira panggil abang tu. Sweetnya, macam betul dah nikah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nasib kau lah anak dapat nenek-nenek semuanya tingtong, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Fuh berpeluh tengok reply Abang Long. Ni dah terang-terang, tak payah suluh-suluh lagi erk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Fattah, Fattah, nak kahwin dah ? ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa jantung macam nak luruh, you bayangkan anak kita doktor cakap macam tu.. ” – DS Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Lahirnya putera kami bersamaan hari kelahiran ibunya, Maryam .. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Pickup line Abang Long paling sweet. Macam kena panggil tok kadi dah ni, kira jadi.. ” – Komen Netizen