Artis / Selebriti
” Wow padu, ingatkan tadi Dee yang Jangan Ketawa tu. Sedap suara Nadzmi Adhwa dengan Siti Elizad..” – Komen Netizen
Video Nadzmi Adhwa berduet bersama Siti Elizad menyanyikan lagu Baldu Biru ketika Road Tour Melodi Terhangat Superstar raih pujian ramai. Wah menyanyi dalam bas pun padu Adhwa dan Elizad, sedap lah..
Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, satu video telah dikongsikan ketika Road Tour Melodi Terhangat Superstar yang menuju ke AEON Mall Tebrau City. Dalam suasana penuh santai, pelakon dan pengacara, Nadzmi Adhwa bersama rakan selebriti Siti Elizad telah mencuri perhatian ramai apabila berduet menyanyikan lagu berjudul Baldu Biru.
Apa yang lebih menarik, persembahan spontan ini berlangsung di dalam sebuah bas yang membawa para artis serta kru produksi. Walaupun dalam ruang yang terbatas, keserasian suara antara Nadzmi dan Elizad jelas terserlah. Lagu ini pernah dipopularkan oleh Ella dan Awie.
Aksi mereka itu telah menghiburkan kru dan artis sepanjang perjalanan dan ramai warganet memuji kemerduan suara mereka berdua. Mereka bukan sahaja berbakat dalam berlakon dan mengacara tetapi juga boleh menyanyi dengan baik.

Perkongsian video ini telah menerima lebih enam ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nadzmi dan Elizad sangat sporting menyanyi bersama dan pastinya di sepanjang perjalanan road tour ini tidak membosankan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Karaoke khas suara pop rock dari kak Nazmi dan mbk siti.cantik banget suaranya membuat semua orang terhibur ikutan bernyanyi juga.happy traveling,happy holiday,happy weekend.selamat bercuti akhir pekan buat semuanya.. “
” Ingatkan Dee Jangan Ketawa tadi.. Sekali tgk dia.dah mcm pelakun Dee.. suka tngok elizad…makin cantik dia bertudung.. “
” Hahahaha aku pun ingat Dee jangan ketawa tadi.. sedap suara abang Nadzmi Adhwa dengan Kak Siti Elizad. “
” Wow padu, Ingatkan tadi DEE yang jangan ketawa tue.. Buat program Pelakon Nyanyi pulak Min. manis elizad ni.. ayu jer wajah nye.. “
” Cantek alizad pakai tudung.. Woww sdp suara..hadir support.. sedap..tp bunyi cam keras cket, ye la die pelakon, bknnya penyanyi.. “
” Sedap suara org pun cantik suka tengok. Suara kak ejad improve gila2 skrg dari Gempak Superstar dulu.. lagu fav sangat ni.. “
” Ok jer elizad menyanyi.. Ok next plzz.. suka tgk kak Elizad.. semoga y baik2 tuk akak, artis yang takde kontrovesi nadzmi/adhwa love you.. “
Walaupun hanya di dalam bas, kedua-dua selebriti ini sangat sporting menunjukkan bakat nyanyian mereka. Siti Elizad sememangnya boleh menyanyi kerana ini bukanlah kali pertama Elizad menyumbangkan suara. Namun bakat mereka berdua lebih terserlah dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG TV3 Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

