Artis / Selebriti
” Bab tekanan darah tu korang boleh percaya tapi bab cari jodoh tu.. ” – Erma Fatima
Erma Fatima beri respon balas mengenai perkongsian DS Umie Aida yang sedang mencari jodoh untuknya buat ramai terhibur. Ini respon Erma, Umie pun ada tinggalkan komen balas..
Semalam, Datin Sri Umie Aida ada berkongsi satu posting di akaun Instagram mengenai keadaan kakaknya, Erma Fatima. Di ruangan kapsyen, Umie ada menceritakan yang tekanan darah Erma naik sebelum mereka datang shooting di New Zealand.
Tulis Umie lagi, Erma seorang yang degil dan asyik memberikan fokus kepada kerja dan sering mengabaikan kesihatan diri. Hal ini membuatkan Umie berasa bimbang dengan keadaan kakaknya itu. Di akhir penulisan, sempat Umie berseloroh mahu mencarikan jodoh kepada Erma agar selepas berkahwin, cara kehidupan Erma akan lebih sihat dan teratur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Erma, Erma telah membalas kembali kenyataan Umie tersebut. Kata Erma, mengenai tekanan darahnya naik tinggi itu adalah benar, tetapi mengenai mencari jodoh itu tidak benar kerana dia tidak berfikir untuk berkahwin lagi.

Tulis Erma lagi, dia bukan lagi berumur 19 tahun untuk berkahwin lagi. Akui Erma, setiap hari di New Zealand, ramai mahu mencari jodoh untuk dirinya. Perkongsian tersebut telah membuat ramai terhibur dan mengatakan cara Umie menyakat Erma sangat kelakar.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen warganet adalah :
” Never say never, sebab dah terjadi kat i . Tak nak tak nak tiber Allah bagi, yg lagi muda gitu.. Jaga2, takut nanti jadi juga mcm i, hehe.. “
” Ok kami paham klau ada suami hidup jadi kurang bosan cuma darah tinggi tu tak pasti makin naik atau kembali normal, hehe.. “
” Mereka nak tgk mu bahagia kakk .. Tak bole Aamiin kan ke ni soal jodoh ni hehehehehe.. Semangat kak Erma.. Semangat.. “
” Mari kita doakan jodoh untuk kak Erma , yg paling terindah membawa ke syurga. Selama 11 tahun , Allah tengah persiapkan jodoh mu , muuuuu…… , “si dia” on the way tu…….. Jeng jeng jeng.. “
” Biarlah dia ‘berkawin’ dengan laptop dia tu, sementara dia masih ada banyak idea dan semangat untuk berkarya. Dapat juga dia meninggalkan legasinya nanti..”
” Yg boleh lembutkan hati kak Emma semestinya bukan seorg Walid hahaha tp ustaz hehe. Owang kuat keje ni mmg tkleh ade laki..mmg beperang sbb bini tk ingt balik keje keje 24jam keje.. “
” Why not ekkkk … Mana tahu jodoh tu tengah otw kan, hehe.. Kita doakan yang baik2 ok utk Kak Erma Fatima.. Love.. “
Komen Umie :

Respon Umie di ruangan komen juga turut mengundang tawa warganet kerana dilihat Umie tetap mahu meneruskan misi untuk mencari jodoh untuk kakaknya. Apa-apa pun, perkongsian ini hanya lah sekadar gurauan adik-beradik antara Erma dan Umie. Apa-apa pun, semoga Erma diberikan kesihatan yang baik dan segala urusannya sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG ermafatima, umieaida9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

