Artis / Selebriti
” Wah Mak Iti, Ayah bersanding lagi.. ” – Tya Arifin

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Gambar Pakai Sedondon Busana Warna Putih Dengan Suaminya, Datuk’ Khalid Mohamad Jiwa. Wah Dah Macam Pengantin Je, Comel Sungguh Baby Bump Tokti Tu !!
Umum mengetahui, Dato’ Siti Nurhaliza sedang mengandungkan anak ke dua dan jantina bayi yang sedang dikandungkan adalah lelaki. Baru-baru ini penyanyi cantik ini juga ada memaklumkan, sebenarnya bayi lelaki yang dikandungkan sekarang ini ialah kembar Siti Aafiyah sewaktu proses IVF.
Hasil tinjauan di laman Instagram, Dato’ Siti berkongsi gambarnya bersama suami, Datuk Khalid Mohamad Jiwa di satu majlis. Mereka berdua memperagakan busana putih sedondon yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini dan mengambil gambar di atas pelamin.
Dato’ Siti yang manis di depan pelamin bersama suami tercinta kelihatan sangat sweet bersama. Namun apa yang menarik perhatian adalah, gambar Dato’ Siti yang terhasil sungguh cantik dengan baby bump yang comel. Mungkin mengandungkan anak lelaki, jadi seri ibu mengandung itu lebih jelas.
Di ruangan komen, rakan-rakan artis juga sempat bergurau senda yang Dato’ Siti dan Dato’ Khalid bersanding lagi. Kalau Dato’ Siti dan Dato’ Khalid bersanding lagi sekali, mesti majlis yang dilaksanakan sangat meriah. Sepadan betul pasangan merpati dua sejoli ini. Peminat juga berpendapat, Dato’ Siti tetap kelihatan cantik seperti dahulu.
Jom ikuti perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Perkongsian Dato’ Siti mendapat perhatian peminat. Rata-rata memuji kecantikan Dato’ Siti walaupun sudah mahu beran4k dua. Antara komen-komen mereka adalah :
” Wah mak iti Ayah bersanding lagi.. ” – Tya Arifin
” Berserinyaaaaaa…. Anak lelaki kan.. Hahaha saja.. ” – Shiera Ijoy
” Selamat Selamat ya sdh mau dapat baby lagi. sehat2ya sayang.. ” – Hetty Koes Endang
” Pasangan paling sweet, Cantik baju.. simple tp berseri2 ngat tokti, Alaaa cantik berseri kak iti kita nih.. “
” APA pun Tok Ti nya pakai tak pernah tak cantik kerana orangnya cantik Dari Hati terus ke muka… Amin Tu lah cantik namanya khoobsurat.. “
” Wahh aafiyah bakal jadi kakak tahniah tokti.. semoga sihat2 selalu seluruh keluarganya.. Amiin, sweetttt, Mummy to be.. Dari dulu smpai skrg maintain cantikkk yeahh.. “
” Cantik ya… moga kekal till jannah.. berkali2 bersanding pun sentiasa cantik, Seri mengandung tokti.. take care.. “
” MashaAllah… Tabarakallah Dato Siti cantik luar biasa Sihat² Dato and family, Cantiknyaaaa.. Berseri2x muka Kak Iti.. Dan DK.. Mcm pengantin baru.. “
Sepadan sungguh Dato’ Siti dan suami, Dato’ Khalid apabila bersama. Nampak kebahagiaan yang dinikmati kedua-dua figura ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Siti diberi kesihatan yang baik di hari-hari yang mendatang dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Nurhaliza Taruddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen