Artis / Selebriti
” Video yang tengok rasa love, tak rasa ann0ying.. ” – Netizen

Video Perkongsian Ustaz Don Daniyal Sempena Anniversary Perkahwinan Bersama Isteri Raih Perhatian Warganet. Kata-Kata Ustaz Don Buat Isterinya Begitu Puitis Sekali. Sweet Sungguh Berlari-Larian Di Tempat Rasullullah Berlari BersamaΒ Saidatina Aishah !!
Nama Ustaz Don Daniyal antara yang disukai oleh ramai baik golongan tua mahu pun anak muda. Ustaz Don yang sangat semp0i dalam berbicara dan sporting orangnya membuatkan dakwah dan perkongsian ilmunya mendapat perhatian daripada ramai warganet.
Meninjau akaun Instagram Ustaz Don Daniyal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ustaz Don bersama isterinya, Husna. 23 Ogos genaplah usia bahtera perkahwinan mereka yang ke 11 tahun. Romantis sungguh ucapan Ustaz Don untuk isteri tercinta.
Kata Ustaz Don, dirinya bukan lah sehebat Sayyidina Ali, namun Allah kurniakan rezeki untuknya memiliki isteri sebaik Husna. Mencintai Husna adalah sesuatu yang paling indah dalam hidupnya. Alahai boleh cair warganet membaca bingkisan Ustaz Don ini.
Apabila si pujangga menulis, setiap bait ayat tu memang puitis. Berlokasi di Madinah, Ustaz Don berlari-larian bersama Husna di tempat Rasulullah berlari bersama isterinya, Saydatina Aishah RA. Alahai ramai lah yang akan follow video sweet seperti Ustaz Don ni nanti.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 20 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian oleh Ustaz Don ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lepas ni ramailah suami isteri p sini nak shoot lari2 mcm ni juga ustaz… happy anniversary ustaz & dr husna.. moga berbahagia hingga syurga.. aminn ya rabb.. ”
” Ok kita cemburu but in a good way..Kamii sukaaaa tengok ustaz dan Dr lagu niii suwwwiiittttttt haihh.. semoga ustaz dan dr bahagia hingga jannah.. aamiin.. ”
” Lama tunggu posting ni dari petang, ustaz dok kira hari la tu haha. happy anniversary Ustaz dan Dr husna.. ”
” Alhamdullillah… Tahniah… Happy Anniversary… Moga kekal bahagia bersama melakar janji setia hingg hujung nyawa, bertaut semula cinta di SyurgaNYA… Barakallah.. ”
” Video yang tengok rasa love, tak rasa annoying.. selamat ulangtahun perkahwinan ustaz don dan isteri.. semoga bahagia sampai syurga.. ”
” Bersemut sungguh ni, romantiknya ustaz. ala jeles ar hehe. Happy anniversary ustaz dan husna.. Moga berbahagia hingga ke syurga bersama anak2 tercinta.. Barakallahufikum.. ”
” Pasangan sweet, amb0i ustaz siap lari-lari lagi. Suka tgk ust don dgn wife x menonjol sgt nk sweet pun.. happy anniversary ust.. ”
” Whoaaa. D1abetes ter0k ni baca, naik semut dekat phone saya ni.. Alahai sweet couple sangat ni.. semoga bahagia selalu ustaz don dan husna.. ”
Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 11 daripada kami di Berita Kopak untuk Ustaz Don dan isteri. Semoga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta dan kasih ini sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah serta berbahagia sehingga ke jannah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Don DaniyalΒ
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra