Artis / Selebriti
” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
Watie Hanifiah kongsi permintaan daripada Uwais Al Qarni sempena hari lahirnya. Wah bukan kaleng-kaleng harga hadiah yang Uwais minta. Respon Watie terhadap permintaan Uwais buat ramai tersentuh..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri pelawak Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah, telah dikongsikan dua tangkap layar WhatsApp perbualannya bersama anak sulung Shuib, Uwais Al Qarni. Menerusi perkongsian itu, kelihatan Uwais ada membuat permintaan khas sempena hari lahirnya yang bakal tiba nanti kepada Watie.
Uwais memberitahu keinginannya untuk memiliki sebuah digital piano dan lengkap dengan jenama tertentu yang diinginkannya. Watie menulis di ruangan kapsyen bahawa Uwais memang seorang anak yang jarang meminta. Namun selorohnya, sekali Uwais meminta, harga barang yang diingini boleh dikatakan agak mahal.
Perkongsian Watie mengenai Uwais itu nyata menarik perhatian warganet. Ramai yang tersentuh melihat layanan penuh kasih sayang Watie terhadap anak-anak tirinya, sekali gus menonjolkan sisi penyayang dan penyabar dirinya sebagai seorang ibu tiri.

Ramai warganet memuji kesabaran dan kasih sayang Watie, mengatakan bahawa Watie berjaya mencipta hubungan yang mesra dengan anak-anak tirinya tanpa mengguris hati sesiapa. Malah, cara Watie melayan Uwais dan adik-adiknya dilihat sebagai contoh ibu tiri yang penyayang dan memahami.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN – > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Watie ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebab watie orang baik berjiwa ibu, Allah hadirkan kasih sayang dalam setiap satu.. Makin garang makin disayang. itulah Ibu.. “
” U r such a very good mami for them lah Watie. Baca ni pun buat mata bgenang.. sebak. Akk juga doakan yg terbaik buat Watie selamanya.. “
” Sy tak tahu la nk cakap apa..tapi Sy selalu akan rs sebak bila awk share pasal awk Dan anak²..budak2 ni ikhlas..dia takkan jadi baik dengan kita kalau dia rasa kita tak ikhlas dengan dia..
” Awk Mami yang sangat baik .. Yg Allah gantikan untuk mereka tumpang berkasih sayang .. Terharu kita baca tau.. “
” Aku yg nangis baca… Itu laaa ibu… Dalam tegas ada syg… Bukan mudah mudah bagi wlp inu ayah berduit… Ini kan lahirkan anak yang tahuu menghargai.. “
” Semoga Allah bls kebaikan Watie di dunia dan akhirat,.. Teguhkn hati Watie jga ank2 tiri dgn sebaiknya.. Angkat doa2 Watie &dimudahkan sgla urusan.. “
” Semoga panjang umur, sentiasa sihat & murah rezeki buat semua ibu tiri yg penyayang mcm ni.. Congrats watie jadi mommy yg baik utk anak2 semoga cepat2 dpt zuriat sdri kerana keikhlasan itu.. “
Telatah dan sikap penyayang Watie ini membuatkan ramai peminat terinspirasi dan menganggapnya sebagai figura positif dalam dunia hiburan. Tidak hairanlah setiap perkongsian oleh Watie di media sosial sering mendapat perhatian dan pujian daripada pengikutnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek


