Artis / Selebriti
” Untung Neelofa dapat suami yang sentiasa menghargainya.. ” – Netizen
Video Haris Ismail Kongsi Pengalaman Menemani Neelofa Ketika Bersalin Buat Warganet Terhibur. Sempat Lagi Neelofa Ketawa Bila Kenang Balik Keadaan Harris Masa Di Labour Room, Hehe !!
Meninjau di akaun TikTok milik Nur NLFH, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan pasangan bahagia iaitu Neelofa bersama suami tersayang, Haris Ismail. Menerusi video itu, Haris menyampaikan sedikit pesanan mengenai hubungan rumahtangga.
Antara topik yang dibual adalah para suami perlu menghargai pengorbanan isteri. Ujar Haris, isteri banyak berkorban antaranya melahirkan cahaya mata. Di samping itu, Haris berkongsi pengalamannya ketika menemani Neelofa melahirkan kedua-dua cahaya mata mereka, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
Kata Haris, pertama kali menemani Neelofa di labour room, dia mula sak1t kepala dan hampir pitam melihat keadaan Neelofa bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Bahkan sangkaan Harris apabila menemani kelahiran Abbas, dia akan mampu melihat, namun dia tetap rasa begitu juga.

Harif berharap jika para suami diberi peluang untuk menemani isteri bersalin, para suami perlu menemani kerana di situ para suami akan lebih menghargai pengorbanan isteri. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@seorangnur Dengar tu para suami, sentiasa ingat dan hargai pengorbanan isteri ❤️#neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou
@seorangnur Hahaha comel je 2 ketul ni 😂🤣 Tak puji, tak makan pak ustad 🤣 #neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji sikap Haris yang menghargai Neelofa. Antara komen-komen menarik adalah :
” Untung Neelofa dapat suami yang sentiasa menghargainya.. Love sangat dgn Neelofa ni. Alhamdulillah moga bahagia hingga Jannah.. “
” Untungnya neelofa dapat suami sebaik macam harris. ALLAH tak habis2 kurniakan rezeki melimpah pada Neelofa.. Syukur.. “
” Percakapan yg sgt matang Harris ni.. Walaupun usia lebih muda.. Alhamdullilah.. Moga Bahagia Ke Jannah Lofa. Amin.. “
” Alhamdulillah suami saya jenis takot tengok d4rah. Tpi bila diajak teman bersalin dia ikot kan je. Walaupun dia mcm nk pitam tengok, hehe.. “
” Seorg suami yg patut di contoh.. Dapat suami memahami.. Alhamdulilah rezeki Neelofa.. Moga bahagia ke jannah amin.. “
” Suka Neelofa gelak mesti bahagia sangat² dapat suami misali.. Kita dengar perkongsian Haris pun rasa tenang, best jer dengar.. “
” Setuju. Hargai isteri. Setia dengan isteri wlupun isteri tu kurg cantik dri dulu.. Sebab isteri banyak berkorban dan berjuang demi suami.. “
Alahai suka tengok pasangan ini ketika berbicara. Haris juga turut memuji masakan Neelofa sedap jika dibandingkan makanan yang dimakan oleh mereka di luar. Apa-apa pun semoga hubungan rumahtangga Haris dan Neelofa akan terus kekal bahagia sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok seorangnur
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin



