Artis / Selebriti
” Untung lah DSV dapat hadiah semahal itu dari Iqbal.. ” – Netizen

Bekas PA Dato’ Seri Vida, Ahmad Iqbal Beri Kej0tan Bagi Hadiah Mahal Kepada Dato’ Vida. Alahai Sampai Menang1s Dato’ Vida, Sweetnya Iqbal. Harga Dia Bukan Kaleng-Kaleng Wehhh !!
Memiliki majikan yang baik adalah bonus buat seorang yang bergelar pekerja. Apatah lagi jika banyak ilmu yang dicurahkan dan diberikan oleh majikan yang membuatkan pekerja itu boleh berjaya dan berdiri atas kaki sendiri. Ini adalah kisah tentang bekas PA kepada jutawan kosmetik terkenal Dato’ Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Nama Iqbal pernah menjadi sebutan beberapa tahun lalu dan dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Dato’ Vida kerana keakraban mereka. Ini kerana Iqbal yang bertugas sebagai pembantu peribadi Dato’ Vida pada waktu itu pasti sentiasa ada di sisi Dato’ Vida dalam setiap acara. Tapi kedua-duanya menafikan g0sip itu.
Menerusi akaun Instagram Ahmad Iqbal, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Iqbal ke butik Dior untuk membeli sebuah beg tangan. Ini adalah khas untuk Dato’ Seri Vida di mana Iqbal melihat Dato’ Vida yang nampak teruja untuk memiliki beg tersebut.
Iqbal yang membeli beg ini sebagai hadiah tanpa pengetahuan Dato’ Vida membuat kej0tan buat Dato’ Vida. Bukan harga yang menjadi ukuran, namun kerana jasa Dato’ Vida kepadanya yang banyak merubah Iqbal dan membuatkan dirinya menjadi seperti sekarang.
Jom tonton video di bawah :
Kej0tan Iqbal buat Dato’ Vida ini menarik perhatian peminat apatah lagi melihat reaksi Dato’ Vida yang menitik airmata terharu dengan hadiah Iqbal itu. Antara komen-komen :
” Tahniah boh, anda seorang yang hebat. Pengajaran dari video ni, kita wajib ingat pada guru selain dari ibubapa dan keluarga.. “
” Bagus ahmad iqbal menghargai jasa orang yang banyak membantu.. Wah untung lah DSV dapat hadiah semahal itu dari Iqbal.. ”
” Anda betul Iqbal, ia bukanlah kerana harga tapi kerana budi yg diingat Dan dikenang.. “
” Ya Allah! mahalnya .. kalau saya dah boleh buat majlis kenduri kawin.. Dia ingt org yg bnyk bjasa pda dia dlu.. harga bkn segalanya.. “
” Sangat tersentuh ! Tak semua org macam kamu yg menghargai jasa dan membalas jasa baik org.. “
” Alhamdulillah… Kamu sgt baik Iqbal. Tidak jadi kacang lupakan kulit.. Alhamdullilah sy dpt rasa smp ke hati sy betapa dato SV terharu sgt perhargaan yg iqbal bg kat dato.. “
” Tgk betapa terharunya dsv bila org ingt kat dia.. Bkn pd hrge brg tp nilai pghrgaan n ingatan.. “
” Nang1s Dato Sri Vida. Dah lama dia tak dpt hadiah rupanya.. Biasa byk memberi.. “
Terharu sungguh Dato’ Visa apabila mendapat hadiah istimewa daripada Iqbal ini. Beg idaman yang katanya Dato’ Vida dia berdoa untuk mendapat beg ini. Apa pun, cara Iqbal ini mendapat pujian ramai dan semoga ianya dapat menjadi contoh kepada orang lain. Semoga Iqbal semakin maju dan berjaya dalam perniagaannya. Aamin..
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ahmad Iqbal Zulkefli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq