Artis / Selebriti
” Una langsung tak pandai cover gelak, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Budak 46 hadir ke audition pencarian Live Host Pak Mat Western buat ramai terhibur. Macam-macam Budak 46 buat untuk tawan hati Una dan Icha sebagai juri. Lawak lah Budak 46 ni. Tak baik tau Una tak pandai cover gelak, haha..
Umum mengetahui yang baru-baru ini, ada dikongsikan video Fattah Amin ingin mencari live host Pak Mat Western. Meninjau di akaun Instagram milik Pak Mat Western, telah dikongsikan video yang memaparkan seorang personaliti media sosial turut hadir ke audition pencarian live host Pak Mat Western.
Personaliti media sosial tersebut dikenali sebagai Budak 46 atau nama sebenarnya, Muhammad Ammarzulkha Helmi. Menerusi video itu, Ammar memperkenalkan dirinya kepada dua orang team marketing Pak Mat Western iaitu Una dan Icha. Selepas itu, Ammar memberitahu beberapa bakat yang ada pada dirinya.
Antara bakat yang dimaklumkan adalah boleh menyanyi, membuat gaya slowmo dan membuat video live mempromosikan produk. Ketika Ammar menyanyi, kelihatan Una serta Icha cuba menahan ketawa kerana terhibur menonton telatah Ammar.
Perkongsian video ini telah mengundang tawa warganet. Ramai yang mengatakan Ammar sangat kelakar dan antara yang layak menjadi host live Pak Mat Western. Sehingga kini, video Ammar hadir ke audition tersebut telah menerima ribuan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Tonton perkongsian video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya terhibur menonton perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Una langsung tak pandai cover gelak, haha.. Cha nk gelak tu ahahah. Tapi una lagi kuat gelak. Boleh serius pulak kali ni. Tapi tahan2 hahaha.. “
” Kau kalau tiba2 pakmat tk laku. Mmg kena la kau 46 hahaha.. Geram pula aku tengok dia buat slowmo tu, haha.. Sabooo jalah.. “
” Org mcm ni kelakar lg cpt habis klu niaga..Mcm Yoe paray n Amir pekerja Shami Sazli tu.. Hahahaha. Icha nak tergelak dah tu.. “
” Ini baru Best kelakarnya.. Hahahha dah besar dah rupanya dia sekarang.. Auto teringat video dia buat slowmo dlu2, hehee.. “
” Patnam comeback dah pehh.. Una n ica dia tahan je gelak tu. Hahhaaa.. Pandai betul Pak Mat buat content.. Ni lawak, haha.. “
” Amboiiiii Ica ngan Una kemain than gelak… Kalau aku pun nak tergelak.. Hahahaha.. Mohon ambik dak patnam. Sruh dia buat slow mo dekat gate pmw tarik customer.. “
” Ok yg ni pun kasi approved pmw.. Hahahaha calon2 yg ada no 46 ni mmg hebat2.. Confident mesti mau ada kan, hehe.. “
Part Una dan Icha menahan ketawa melihat Ammar menyanyi mencuit hati ramai. Sementara itu, ada juga warganet mengimbau kenangan Ammar beberapa tahun dulu yang terkenal dengan video membuat gaya slowmo dan mengatakan kini Ammar sekarang sudah dewasa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG pakmatwesterncafe
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Makin bijak lah Bilal. Ok yang ni memang perangai Neelofa, cheeky haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Rehearsal pun dah mendayu-dayu, sampai ulang-ulang saya dengar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nyanyi dengan perasaan, sampai ke sini dik. Nangis dengar Thalita nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Unik betul nama anak Jihan ni. Berbelit nak panggil, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Finally, thank you Fattah. Terharu dengar Fattah akhirnya pertahankan Fazura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Macam presentation group assignment. Adik-adik Fattah diam pun sold out, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Weh aku yang risau dia jawab sepatah sepatah. Sejenis nak laju ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Part high note tu, fuh international. Auto lain lagu tu, memang meremang dengar.. ” – Komen Netizen