Viral
” Tersangat indah jika saya boleh jadikan dia isteri.. ” – Coach Yin

Kongsi Gambar Bersama Teman Wanita Yang Baru, Wajah Kekasih Hati Coach Yin Cur1 Perhatian Netizen. Wahhh Dah Jumpa Pengganti Lah, Cantik Dan Manis Orangnya !!
Coach Yin atau nama sebenarnya Mohd Tishrin b. Mohd Adanan merupakan atlit badan cantik dan juga usahawan muda. Jurulatih kecergasan ini tidak lokek ilmu dan seringkali berkongsikan tips-tips kecergasan di laman Instagramnya, walaupun banyak cabaran yang ditempuhi dan dilalui dalam bidang sukan badan cantik ini.
Sebenarnya, nama Coach Yin bukanlah nama asing bagi pengikut laman sosial khususnya di Instagram. Coach Yin merupakan seorang pembekal supplement dan alat-alat gym. Coach Yin yang berasal daripada negeri Kelantan ini mula giat dalam sukan badan cantik ini sejak 2014 lagi.
Terdahulu, hang4t diperkatakan tentang hubungannya bersama seorang pengasas kosmetik popular, Nur Sajat. Malah Coach Yin juga sangat rapat dengan anak-anak angkat Sajat yang memanggilnya dengan gelaran Ayah. Namun semua itu hanya menjadi sejarah dan kini lebih berbahagia dengan insan yang baru.
Menerusi entri terbaru Coach Yin di laman Instagram, beberapa posting bergambar telah dimuatnaik. Gambar tersebut memaparkan Coach Yin bersama dengan seorang wanita. Berdasarkan kepada kapsyen yang ditulis pada kedua-dua posting tersebut menggambarkan Coach Yin dan wanita tersebut sepertinya sepasang kekasih.
Kelihatan Coach Yin memberikan hadiah seutas jam tangan berjenama Guess dengan Kapsyen ‘ I love you my love’ . Manakala pada kapsyen kedua, Coach Yin menyatakan betapa indah sekiranya beliau dapat menjadikan wanita tersebut sebagai isteri dan ibu kepada anak-anaknya.
Di bawah ini adalah perkongsian daripada Coach Yin :
Perkongsian Coach Yin ini dihujani dengan ucapan tahniah daripada netizen. Mereka turut memuji wanita dan mendoakan Coach Yin bertemu jodoh serta dipermudahkan segala urusan. Ini antara komen-komen mereka :
” Alhamdulillah, sopan santun terjaga, sesuai sangat2, Muka sama, kuat jodohnya.. “
” Congratulations! She is the better choice. Alhamdulilah Moga dipercepatkan jodoh amin.. “
” Tengok ada hikmah bro smua nie terjadi. Alhamdulillah Allah ganti org yg lebih baik yg lebih sesuai.. “
” Alhamdulillah, Ni baru betul coach, Semoga urusan di permudahkan ye.. “
” Alhamdulillah kembali pd fitrah, tahniah coach YIN, cepat2 naik pelamin, lupakan kisah dgn sajat dulu.. “
Alhamdulillah dan tahniah buat Coach Yin kerana sudah ada pengganti yang baru. Kami di Berita Kopak mendoakan yang baik-baik sahaja buat Coach Yin dan kekasih hatinya itu. Jaga batas pergaulan dan semoga hubungan dalam rahmat Allah selalu. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Coach Yin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen