Artis / Selebriti
” Terpaling beli kereta baru sangat ni. Done riak, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Fikry Ibrahim Setelah Membeli Sebuah Kereta Mencuit Hati Warganet. Amboi Amboi, Bukan Main Lagi Muka Berlagak Tu Eh. Part Tunjuk Kunci Tu Tak Boleh Blah. Lawak Lah Fikry Ni, Haha !!
Baru semalam pelakon Fikry Ibrahim berkongsikan gambar-gambar ketika dirinya menerima kereta barunya. Tidak sebagaimana selebriti lain, Fikry memilih untuk memiliki kereta Perodua Axia versi rahmah berwarna hitam dan menggelarkan kereta itu sebagai kereta idamannya.
Meninjau entry terbaru Fikry di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fikry membuat lakonan gelagat-gelagat lucunya setelah membeli kereta baru itu. Membuat ekspresi muka riak dengan jelingan mata membuatkan warganet terhibur.
Bukan main sayang lagi Fikry dengan kereta idamannya itu. Tak cukup duduk di dalam kereta, bonet depan, bonet belakang semua lah menjadi port Fikry. Apa yang mencuit hati adalah telatah Fikry mengangkat tangan ketika sedang membawa kereta dan memberitahu itu kereta barunya kepada orang di jalanan.

Fikry sememangnya seorang selebriti yang kelakar dan suka membuat content yang mencuit hati. Peminat berseloroh mengatakan ini baru kereta Axia rahmah, belum lagi Fikry membeli kereta Myvi atau digelar King of the road. Kalau Myvi, entah bagaimana lah agaknya wajah ‘ riak ‘ Fikry tu, hehe.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@afikryaibrahim POV : BARU BELI KERETA
Sehingga kini, lebih 14 ribu tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian oleh Fikry ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Terpaling beli kereta baru sangat ni haha.. Eksyen erk.. bangga wei dapat beli axia rahmah haha.. ”
” Mau sebulan juga tak buang plastik tu kang haha.. perangai la, geram aku jenis ni haha.. Fuh done riak haha.. ”
” Tak boleh blah.. Hari-hari lap kerete…. Habuk pun tak boleh singgah haha.. dua dua kunci dia bawa haha.. ”
” Perghh type r nii haha.. Part yg show off kunci tu xleh bla haha.. geram pulak tgk muke dye ni, lucu.. ”
” Bru axia belim myvi lagi ni lagi riak ni .. pastu bezza.. memang lagi berbeza perangainya nanti.. ”
” Inilah contoh riak yang tak menaikkan darah B40 macam kami ni.. Riak level mmg gaban tp tak sakit pulak nengok.. ”
” Sakit plak hati nengoknye..bukan sakit hati sbb dia beli kereta baru, tapi sakit hati tgk muka tu.. ”
Siapa tak geram melihat reaksi muka Fikry ni. Fikry punya tahap ‘berlagak’ itu memang tahap tinggi sangat. Mujur lah riak yang ini tidak menyakitkan hati warganet, buat warganet ketawa lagi ada lah. Jangan tidur dalam kereta sudah lah Fikry yer. Terpaling sayang kereta katakan, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fikry Ibrahim, IG Fikry Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa



