Artis / Selebriti
” Terima kasih Shuk mewakili netizen. Dia sendiri pun annoying.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Shukri Yahaya melihat babak lakonannya bersama Mira Filzah dan Sharifah Sakinah dalam drama Curang Tanpa Niat raih perhatian warganet. Haa tahu pun Shuk geram dengan Eshaal. Panas betul hati tengok gedik si Astrid tu, haha..
Drama rantaian Curang Tanpa Niat kini menggantikan slot drama Andai Tiada Dia. Drama yang dibintangi oleh Shukri Yahaya, Mira Filzah dan Sharifah Sakinah ini mengisahkan mengenai kecurangan Eshaal lakonan Shukri bersama rakan pejabatnya, Astrid yang dilakonkan oleh Sharifah Sakinah.
Drama ini baru sahaja 4 episod bersiaran dan telah pun membuatkan penonton sakit hati dan marah dengan Eshaal dan Astrid. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Akmarinasazali, telah dikongsikan reaksi Shukri ketika menonton salah satu babak lakonannya itu.
Babak ketika Eshaal sedang membuat panggilan video bersama Elina, namun Astrid tiba-tiba sahaja menerjah masuk ke bilik Eshaal dan memanggil dengan panggilan mesra Papi. Ini antara babak yang paling menguji kesabaran semua penonton. Bukan hanya penonton yang meluap rasa marah tetapi Shukri juga sama.

Shukri menunjukkan ekpresi wajah marah dan tidak berpuas hati dengan watak Astrid sambil meluahkan maki hamunnya. Pelakon yang melakonkanbya sendiri pun boleh sakit hati, apatah lagi penonton yang menonton drama itu. Boleh naik darah semua dengan perangai Eshaal dan Astrid.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@akmarinasazali Reaction netizen bila geram tengok curangtanpaniat. Stress erkk tengok Astrid ni takmalu suka hati je masuk bilik bila Eshaal tengah videocall dgn Elina. Meme sakit hati.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam tu lah marah nya kita kat awak Shukri Yahya .. geram betul.. rasa nak cincang je.. gatal sangat.. “
” Haaaa macam tu kami rasa.. yang berlakon pun geram apalagi kita yang menonton ni.. panas hati tau meluap rasa nak marah.. “
” Weyy macam mana la tahu reaction kami.. geram aku dengan shuk ni.. ni ntah ntah depan kita je tu kata gitu haha.. “
” Haha aku geram gitu juga.. eleh dia suka tu.. tapi shuk cakap itukan cerite… kita geram yang tgk.. diaorang gelak je.. “
” Terima kasih mewakili netizen.. tahu pun marah.. sendiri comment diri sendiri be like haha.. dia sendiri pun annoying.. “
” Macam tu lah kita emosi tengok lakonan you abang shukri yahya haha.. ni kata kat diri sendiri. sendiri buat sendiri marah eh.. “
” Aih c syukri yahya kn.. Drama dia bikin org sakit hari andai itu takdirnya layang2 perkahwinan curang dgn niat aduiii semua la dia.. “
Siapa sahaja yang tidak geram dengan perangai Astrid dan Eshaal dalam drama itu. Berjaya Shukri dan Sakinah menimbulkan rasa benci dan marah penonton dengan lakonan mereka. Ini baru beberapa episod sudah panas hati, agaknya berapa level kemarahan penonton sampai ke episod akhir nanti, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Akmarinasazali
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

