Artis / Selebriti
” Terima kasih kant0i kan rahsia ni. Patutlah cantik, kami pun nak t1ru lah juga.. ” – Netizen
Sharifah Shahirah Kongsi Ucapan Sempena Hari Lahir Buat Ibu Mertuanya, Datin Maria Arshad. Sempat Shiera Kongsi Rahsia Amalan Datin Maria Untuk Kekal Sihat Dan Awet Muda. Wah Menarik Sangat Ni, Boleh Try Nanti !!
Umum mengetahui yang penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera merupakan menantu kepada pelakon veteran, Datin Maria Arshad. Hubungan antara mereka sangat rapat umpama isi dan kuku.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sheira, telah berkongsi ucapan sempena hari lahir Datin Maria pada hari ini. Sheira turut memuatnaik gambar kenangan saat Datin Maria sedang memangku cucunya, Dey Dey yang ketika itu baru berusia 3 bulan.
Tulis Shiera, sebelum ini ramai yang bertanyakan tentang rahsia Datin Maria kekal cantik meski pun usianya sudah pun mencecah lebih 60 tahun. Kongsi Shiera, ibu mertuanya itu sejak dari dahulu lagi mengamalkan puasa sunat.

Bukan itu sahaja, Datin Maria juga mengamalkan tips tidak akan duduk selamaa setengah jam setelah makan. Perkongisan tersebut telah menarik perhatian warganet dan telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
Ucapan Datin Maria sempena hari lahirnya :
Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Sheira dan rata-ratanya turut memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Datin Maria. Antara komen-komen menarik adalah :
” Terima kasih kant0i kan r4hsia ni. Patutlah cantik, kami pun nak t1ru lah juga.. Selamat hari lahir Datin Maria.. “
” Bestnya baca tips tu. Yang after makan tu jangan duduk setengah jam ? Nak pastikan betul ke ? Saya tak minum setengah jam lepas makan, pas setengah jam. Apa pon boleh ikut tips ni.. “
” Selamat harijadi Maria, semoga dipanjangkan umur, di murahkan rezeki dan dibawah lindungan Allah swt selalu.. “
” Ya Allah dari dulu sampai skg cantik sentiasa.. Semoga di beri kesihatan yang berpanjangan dan bahagia dunia dan akhirat Aaminnn.. “
” Selamat hari lahir kak Maria Arshad.. Mmg lawa dari muda sampai skrg.. Semoga panjang umur dan sihat selalu.. “
” Betul, ni antara salah satu rahsia untuk kita kekal cantik, malah kesihatan pun terjamin baik. Happy birthday Auntie Maria, semoga terus sihat sentiasa ya.. “
” Selamat ulangtahun kelahiran buat mama Ejoy. Tq Kak Rara, hehe share tips mama Ejoy. Boleh lah try nanti.. “
Wah patutlah Datin Maria kekal cantik dan kekal sihat, Datin Maria mengamalkan puasa sunat rupanya. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Datin Maria. Semoga Datin Maria sentiasa dalam rahmat Allah dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy, citarasa.mariaarshad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak, sekarang ni bagi kad ape tu ? Banyak kali repeat YB part last tu.. ” – Komen Netizen

