Artis / Selebriti
” Tengok Uwais peluk daddy dia macam tengok Siti Sarah pula, gaya sama.. ” – Netizen
Shuib Sepahtu Muatnaik Video Dan Ucapan Hari Lahir Untuk Anak Sulungnya, Uwais Alqarni Buat Ramai Rasa Tersentuh. Part Shuib Peluk Dan Tenung Wajah Uwais Tu Nampak Sangat Shuib Merindui Arwah Siti Sarah. Gelagat Uwais Pun Persis Ibunya !!
Uwais Alqarni merupakan anak sulung Shuib bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin. Tahun ini genaplah usia Uwais 12 tahun dan merupakan tahun ketiga buat Uwais menyambut ulangtahun kelahirannya tanpa kehadiran ibu kandungnya.
Meninjau ke akaun Instagram Shuib, posting terbaru Shuib buat Uwais telah mengundang sebak ramai orang. Shuib memuatnaik sebuah video dan juga ucapan hari lahir buat Uwais. Shuib mendoakan agar Uwais menjadi anak yang soleh serta berjaya.
Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan Shuib memeluk dan mengusap Uwais. Pastinya ada sesuatu yang diucapkan di mulut Shuib kepada Uwais dalam video ini. Sambil memberi pesanan, Shuib turut merenung tajam ke arah mata Uwais.

Ini membuatkan ramai berasa tersentuh apabila Shuib menggunakan lagu latar belakang nyanyian arwah Siti Sarah dan pastinya ramai merinduinya. Perkongsian ini telah menerima lebih 35 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini turut mengundang sebak ramai orang kerana teringatkan arwah Siti Sarah. Antara komen-komen yang diberikan :
” Kau peluk Sarah kan Eib.. Semoga jadi anak soleh Uwais Al Qarni.. Aku pulak yg sedih teringat Arwah Siti Sarah… happy birthday uwais.. “
” Wajah seperti almh ibu nya, pelepas rindu ayah nya juga… smoga menjadi anak yg sholeh ya… alfatiha buah almh.. Happy birthday uwais alqarni.. “
” Teringat 1day arwah mggal sedih tgk shuib dan ank2.. mcm patah sebelah sayap.. Alhamdullilah Allah maha baik… harini tgk family ni makin bahagia.. arw4h sarah mesti hepy di alam sana.. shuib dan anak2 terus kuat… “
” Tgk uwais peluk² daddy dia mcm tgk Siti Sarah pulak.. Gaya Sama.. happy birthday uwais. Anak ibuuuu betul muka sebijik sgt. Dapat lepaskan rindu.. “
” Happy bday uwais. Tgk comment Dr Mula ajak comment bca yg bca comment yg lain melilih airmata. Teriingat Sarah.. “
” Rasa mcm Shuib ckp, “Doakan Ibu tau..” Tu yg dia pegang pipi each other.. Mungkin ada rasa sebak dlm hati Uwais waktu tu.. Mungkin.. “
” Ya Allah tetiba teringat Arwah juga Happy bornday anak hebat , moga hebat dan berjaya mcm ibu mu , Anak soleh .. dia peluk anak dia., knpe aku yang sedih., smoge jadi anak yg soleh uwais.. “
” Hb Uwais..sebak tgok.. knape ye kalau psl Siti Sarah ni cpt betul rasa sebak..hebat betul pengakhiran insan bernama Siti Sarah ni.. “
Pantas sungguh masa berlalu, tahun hadapan uwais akan ke sekolah menengah pula. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 12 tahun kepada Uwias Alqarni. Semoga menjadi anak yang baik, soleh serta membanggakan kedua ibu bapa. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz



