Artis / Selebriti
” Tengku Natasya ni mesti berjangkit dengan perangai Tengku Muhammad. Sweet je lambai macam tu.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar sekitar Majlis Resepsi sebelah malam YAM Tengku Muhammad dan YM Tengku Natasya di Indonesia. Wah grand sungguh majlis, busana pengantin perempuan pun cantik sangat. Masa turun dari kereta kuda tu sempat lagi Tengku Natasya mengusik Tengku Muhammad..
Selesai resepsi pertama pada sebelah siang di Royal Ambarrukmo hotel, pasangan diraja YAM Tengku Muhammad Iskandar dan isterinya, YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan diraikan lagi dalam majlis resepsi kedua pada sebelah malam pula di hotel yang sama.
Meninjau entry di akaun Instagram Inaijari , telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana ketika berlangsungnya majlis resepsi sebelah malam itu. Tengku Muhammad kelihatan segak bergaya dalam baju songket berwarna hitam lengkap bertanjak. Special tanjaknya diterbangkan khas dari Malaysia untuk majlis ini.
Tengku Natasya pula kelihatan begitu berseri-seri mengenakan solekan yang bersesuaian dengan budaya masyarakat Yogyakarta. Jika Tengku Muhammad berbaju hitam, Tengku Natasya pula mengenakan busana pengantin yang sungguh indah rekaannya. Kedua-duanya bagaikan pinang dibelah dua, sama cantik dan sama padan.
Pasangan pengantin ini dijuga diraikan dengan menaiki kereta kuda. Laksana raja, kedua-duanya melambai mesra kepada tetamu yang hadir. Seronok betul pengantin baru dibawa berarak dalam kereta kuda. Pengalaman yang berharga untuk Tengku Muhammad apabila mempunyai isteri yang berlainan adatnya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
(klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@missvanilla_so Sempat ye TAB ππ #tabtna #jogja #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkunatasyaadnan #credittoonwer
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet dan berbagai-bagai respon yang diberikan oleh mereka. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Congratulations semoga kekal hingga ke jannah aamin.. semoga disegerakan dapat cahatamata yang comel-comel.. “
” Macam tengok TAB versi lain, hilang happy go lucky Tengku kesayangan rakyat Pahang. Masa ni kena jadi budak baik dan serius hehe.. “
” Kena kawal perasaan kejap Tengku Muhammad, kena behave dekat tempat orang hehe.. tp sumpah la cantik sangat malam ni.. “
” Di kepala tengkolok atau tanjak dan ikatan sampin Pahang.. itu identiti Pahang yang akan dibawa ke mana-mana pun.. “
” Dua budaya yang luar biasa menjadi simbol kekuatan yang gah.. Macam first time tengok yang warna hitam ni.. nampak elegent sangat. Jawa x melayu pahang.. “
” Terbaik Tengku Arif Bendahara dengan baju melayu di Raja Kesultanan Pahang.. Ketawa signature tu takleh lah ahaha.. Berani ye nak bye suami Tengku Natasya hehe.. suka bergurau juga rupanya.. “
” Tak sangka Tengku Natasya tu suka bergurau.. ni mesti dah berjangkit dengan perangai Tengku Muhammad. haha sweet je lambai macam tu.. “
Satu majlis resepsi yang indah untuk dikenang oleh semua tetamu yang hadir begitu juga untuk pasangan pengantin. Semoga segala yang baik-baik untuk Tengku Muhammad dan Tengku Natasya, berbahagia selalu dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok Nanaaaa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Best dengar Nubhan cakap Cina, macam pakcik-pakcik Chinese ajak menyembang. Fluent betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Jadi lain lagu ni dalam versi Aishah. Sedap rupanya lagu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Oh patut la tak nampak Salman. Ingat merajuk Ina kahwin lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia betul-betul buat lagu ni versi dia, sampai tak sedar tu lagu Tokti. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hebat tok kadi, ikut perkembangan semasa. Tak pernah lagi tok kadi bagi ceramah macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen