Artis / Selebriti
” Tengku Hassanal nak buat landskap ke apa dekat tangan adik dia, haha.. ” – Komen Netizen

Video gelagat Tengku Hassanal mengusik Tengku Muhammad dan Tengku Natasya ketika menyempurnakan Istiadat Merenjis buat ramai terhibur. Berbukit bunga rampai Tengku Hassanal letak di tangan. Ketawa pasangan pengantin diraja melihatnya..
Semalam telah berlangsungnya Istiadat Perkahwinan Diraja antara YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar dan YM Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan di Istana Abdulaziz, Kuantan. Ianya dimulai dengan Istiadat Akad Nikah, Istiadat Menyarung Cincin dan Istiadat Merenjis.
Meninjau entry di akaun Tiktok RB Eventor, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Istiadat Merenjis dijalankan. Selepas Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah menyempurnakan Istiadat Merenjis, giliran Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal pula menyusul.
Tengku Hassanal mengusik pengantin diraja sama ketika Istiadat Merenjis Tengku Puteri Jihan sebelum ini. Tengku Hassanal mengambil bunga rampai yang disediakan dan diletakkan dengan kuantiti yang banyak di atas telapak tangan Tengku Muhammad dan Tengku Natasya.
Tergelak Tengku Muhammad melihat gelagat kekandanya itu. Bukan hanya Tengku Muhammad yang suka mengusik dalam keluarga kerabat Pahang ini tetapi Tengku Hassanal juga suka menyakat. Tetamu yang ada di balai istana juga tergelak melihat Tengku Hassanal mengusik pasangan pengantin diraja itu.
Jom tonton video di bawah :
@rbeventor Ape tu? Ape tu? Ahak! Ahak! TMP siap buat taman dalam tangan pengantin π
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 60 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Mula dahhhh, haha dalam hati Tengku Muhammad, ” tunggu giliran kau pulak nanti aku balas balik”.. tengku hassanal buat taman terus atas tangan tengku muhammad tu, haha.. “
” Itu hari dia buat kt tengku afzan, skg turn dia pulak kena.. next time tmp bersanding mmg kaw2 la tengku Muhammad bls nnt haha.. “
” Tengku Hassanal start dah, comel bergurau. Ku ingt sang raja sehari je yg perangai xleh bawak bincang sekali nurun ke si abang haha.. “
” Penuh bunga rampai.. kalau ada bunga mau diselitkan juga haha. TMP dh mcm main mahjong atas peha tengku Muhammad.. sempat lagi ratakan, adui lah tengku hassanal ni.. “
” βKau sabar japp, masa kau akan tibaβ -Tengku Muhammad haha. Tengku Muhammad terpaksa behave, tengku hassanal menyakat kaw-kaw haha.. “
” Macam tanam rumput carpet kat tangan Tengku Muhammad. Dalam hati TM : ‘ Tunggu turn kekanda tahun depan.. “
” Tengku Hassanal nk buat landskap ke ape kt tgn adik dia haha.. Nampak je senyap tengku hassanal ni tapi kelakar orangnya.. habis semua tergelak tengok gelagat tengku hassanal mengusik adiknya tu.. “
Tengku Hassanal sememangnya suka mengusik adinda-adindanya. Tunggu giliran Tengku Hassanal berkahwin nanti, tentu semua adinda-adindanya akan membalas gurauannya itu. Seronok ada abang yang kelakar dan sporting seperti Tengku Hassanal ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok RB Eventor, IG Sinar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Suara itu menterjemah erti sebuah Rindu. Suara Sarah, aa nangis dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Aku nangis dengar suara Thalita yang ni. Part ‘sampai saat ini’ tu sebijik macam ibu awak Thalita.. ” – Komen Netizen “
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Atuk nak pesan sikit. Apa pun yang Thalita buat malam ni.. ” – Raissuddin Hamzah