Artis / Selebriti
” Takbir Raya versi keluarga kami seadanya.. ” – Norman Hakim
Video Takbir Raya Keluarga Besar Norman Hakim Dan Abby Abadi Cur1 Perhatian Ramai. Subhanallah, Merdu Sungguh Suara Danish Hakim Mengetuai Alunan Takbir. Wahhh Calon Menantu Idaman Malaya Ni !! !!
Memandangkan hari raya sudah pun tiba, masing-masing pasti sudah pun menyediakan persiapan untuk menyambut lebaran. Walaupun kita kini dalam tempoh kawalan pergerakan, meraikan hari raya turut dibenarkan dengan langkah berjaga-jaga.
Tidak melepaskan peluang, mesti ramai mengambil kesempatan di kalangan pada malam raya bersama-sama keluarga untuk bertakbir raya di rumah. Turut tidak melepaskan peluang iaitu keluarga Norman Hakim dan Abby Abadi yang berkongsi video takbir raya di akaun Instagram.
Melihat keakraban keluarga Norman dan Abby sering mendapat perhatian ramai, manakan tidak meskipun pernah mendirikan rumah tangga bersama, dan sekarang masing-masing mempunyai keluarga lain, mereka dilihat sangat rapat dan turut berganding bahu dalam hal penjagaan anak-anak mereka.

Norman bersama keluarga dan bersama Abby serta suaminya turut berkumpul di rumah Norman untuk bersama-sama meraihkan lebaran di malam raya. Video yang berdurasi hampir 5 minit itu merakamkan Norman bersama keluarga melakukan takbir raya bersama yang diketuai oleh anak sulung mereka, Danish Hakim.
Ikuti perkongsian Norman tersebut di bawah ini :
Rata-rata netizen turut memuji keluarga besar ini apabila menonton video yang dikongsikan oleh Norman. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Bila hidup berlandaskan agama., akan jadi hebat & terbilang., keluarga contoh terbaik.. “
” Subhanallah… Seronok tgk kluarga besar ni.. “
” Ya Allah hebatyaa keluarga ni.. Tahniah smua.. “
” Bahagia dan hebat keluarga ni doakan anak2 aunty pon jadi mcm awak.. “
” Semoga keluarga ni sentiasa dirahmati Allah SWT.. “
” Alhamdulillahh seronok tgk family ni rasa tenang ja.. “
” MashaAllah…. Semoga keluarga ini akan kekal bahagia hingga ke Syurga.. Aamin.. “

Alhamdulillah, bahagia betul tengok keluarga besar ini bersama. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga keluarga Norman dan Abby sentiasa kekal bersama dan bahagia selalu, dimurahkan rezeki dan sama-sama terus berjaya dalm bidang yang diceburi. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Aktikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti3 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita

