Artis / Selebriti
” Tak sempat salam tangan bakal mak mertua, dia dah yeay dulu, haha. Wow abang sado.. ” – Netizen
Muatnaik Video Sarung Cincin, Perkongsian Bekas Isteri Shuk Sahar, Rossa Sera Raih Perhatian Ramai. Wah Sera Dah Bertunang Ke Ni. Bukan Main Sado Lagi En Tunang Tu. Kalau Betul, Tahniah Sera !!
Lama tidak mendengar khabar bekas isteri Shuk Sahar iaitu Rossa Sera. Kisah Rossa dan Shuk pernah hangat menjadi topik perbincangan netizen dan sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Untuk rekod, perkahwinan mereka dikurniakan dengan 2 orang cahayamata.
Meninjau akaun Instagram Rossa Sera, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Sera sedang duduk bersama seorang wanita di atas pelamin. Sepertinya itu adalah majlis pertunangan kerana salah satu gambarnya menunjukkan wanita berkenaan menyarungkan sebentuk cincin ke jari Sera.
Sera yang memakai baju kurung berwarna ungu kelihatan gembira sekali. Menerusi video itu, dapat dilihat gambar seorang lelaki yang turut sama memakai kemeja sedondon warnanya dengan Sera. Wajahnya ditutupi dengan emoji, namun menampakkan susuk tubuhnya yang sado.

Tulis Sera di kapsyennya pendek sahaja berbunyi ‘ Assalamualaikum doa yang baik-baik sahaja ‘. Ramai yang menzahirkan rasa gembira dengan perkongsian oleh Sera ini. Ada juga yang tertanya-tanya apakah ini benar atau sekadar gimik semata-mata.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Sera ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Ucapan tahniah membanjiri posting Sera ini dan antara komen-komen yang diberikan :
” Wuuuu congrats Sera.. Alhamdulillah.. happy for you sister.. awak wajib bahagiaa.. badan macam Syuk jugak hehe.. ”
” Alhamdulillah.. semoga berkekalan dan dilayan dgn baik selayaknya hak seorang isteri.. bahagia bersama ank2.. ameen.. ”
” Alhamdulillah tahniah kak.. Semoga dipermudahkan lagi urusan selepas ini. Aaminnn.. yeahhhhh.. ”
” Wow abang sado hehe.. tahniah Sera, Alhamdulillah.. bahagia selalu. semua orang berhak bahagia kan.. ”
” Tahniah sera, semoga sentiasa senyum dan bahagia.. Hopefully bukan marketing kena pinang dgn produk hehe.. ”
” Tak sempat salam tangan bakal mak mertua .. dia dah yeay dlu.. moge bhgia hingga jannah serra.. ”
” Syukur Alhamdulillah.. yeay congrats.. semua semua dipermudahkan untuk Sera.. suka tengok Sera happy macam ni.. ”
Tidak dapat dipastikan sama ada ini benar majlis pertunangan atau sekadar gimik. Walau apa-apa pun, seandainya Sera benar-benar bertunang, tahniah kami ucapkan. Didoakan agar segala perancangan serta urusan Sera selepas ini berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Rossa Sera
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia memang obses dengan bini dia, ahhh lurveee.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Uwais punya suara unik. Ingat muka je macam arwah ibu dia, bakat dia pun Masyaa Allah.. ” – Komen Netizen



