Artis / Selebriti
” Tak berkelip mata tengok Rina nyanyi, suara dia memang sedap oii nyanyi lagu macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Rina Nose Menyanyi Lagu ‘Tari Tualang Tiga’ Di The Hardest Singing Show Raih Pujian Ramai. Ya Ampun, Merdu Sungguh Suara Rina Bawa Lagu Tradisional. Mendayu-Dayu Dan Penuh Lengguk, Ingatkan Suara Tokti Yang Menyanyi !!
Umum mengetahui rancangan The Hardest Singing Show menggandingkan dua pengacara iaitu Nabil Ahmad bersama selebriti dari negara Indonesia, Rina Nose. Setiap minggu telatah dua pengacara ini pasti menjadi perhatian penonton menyaksikan persembahan pembukaan daripada mereka.
Semalam, The Hardest Singing Show sudah masuk minggu ke 7 dan semua peserta ditugaskan untuk membuat persembahan nyanyian bertemakan Kebudayaan. Meninjau di akaun TikTok milik Astro telah dikongsikan video Rina membawakan lagu tradisional bertajuk ‘Tari Tualang Tiga’ .
Persembahan Rina semalam sekali lagi menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan suara Rina begitu merdu membawa lagu tradisional seperti itu. Malah bukan itu sahaja, ada juga menyifatkan Rina adalah selebriti yang mempunyai bakat serba boleh apabila ditugaskan menjadi pengacara.

Sehingga kini, video nyanyian Rina telah menerima ratusan komen dan puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Sedap sungguh suara Rina, semuanya Rina nyanyi dengan baik sekali serta boleh dikatakan setiap minggu persembahan Rina pasti mengamatkan suasana.
Tonton video di bawah ini :
@astromalaysia Ya ampunnnn kenapa sedap sangat suaranya 😭🤍 #TheHardestSingingShow #LuarLimitasi #AstroBaharu #TheHardest #RinaNose #NabilAhmad @Nabilahmad @Rina Nose Josscy
Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata pujian selepas mendengar nyanyian Rina dan menyukai persembahannya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak berkelip mata tengok Rina nyanyi, suara dia memang sedap oii nyanyi lagu macam ni.. Rina padu hbs semua lagu dia boleh bawa dengan baik.. “
” Berbakat.. Pandai nyanyi… Boleh berlakon… pandai buat lawak… Cantik plk.. Love sangat dengar suara dia nyanyi, sedap beb, tak puas dengar.. “
” Mmg tak boleh dinafikan..Rina Nose ni mmg sgt berbakat… Bagi lah apa pun semua dia boleh buat.. Tak rugi kalau astro bayar mahal pun dekat dia, hehe.. “
” Jika seseorang boleh membawa seribu watak dengan indah,,sungguh dia la yang mempunyai bakat semula jadi 1 dalam 100 .. Dia serba boleh weh dalam dunia seni.. “
” Kalau tutup mata dngr dia nnyi.. Sya conpius Siti yang nnyi… Sedap Rina nose bawak lagu tradisional.. Dia memang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.. “
” Nyanyi sedap, berlakon pandai, mekup pun pandai.. Pandai bawak diri, bayar mahai pun tak rugi, terbaik Rina Nose.. Semalam dia nyanyi merdu betul.. “
” Cantik lah tengok Rina semalam, nyanyian dia pun.. Kalau dia join juga pertandingan rasanya dia boleh menang, serba serbi dia boleh buat.. “
Sebelum ini, kemunculan Rina Nose bergandingan bersama Elly Mazlein sebagai pengacara bagi program nyanyian Big Stage musim kelima (BS5) pada tahun 2023 lalu. Apa-apa pun, semoga Rina terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok astromalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak artis sangat lah kamu ni anak. Siap jadi director tu tak tahan, haha.. ” – Fazeera

