Viral
” Tak berhenti aku nangis sampai teresak-esak dengar Dollah cakap.. ” – Netizen

Video Perbualan Antara Abdur Rahman Dan Adiknya, Abdullah Di Pusara Abi, Ibu Dan Adik Beradiknya Yang Telah Tiada Buat Ramai Yang Mengalir Air Mata. Part Rahman Kata Dollah Jangan Tinggal Abang Tu Dah Sayu. Bertambah Sebak Bila Dollah Cakap ‘Ibu, Ibu Nak Tebu Tak’. Automatik Menangis !!
Bukan mudah untuk menghadapi kehilangan insan tersayang apatah lagi ianya adalah ibu bapa. Itu lah yang sedang dihadapi oleh Abdul Rahman dan adiknya, Abdullah. Perkembangan dua adik beradik ini seringkali mendapat perhatian daripada warganet seluruh negara.
Meninjau entry terbaru Rahman di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan antara Rahman dan Dollah. Dollah meluahkan rasa rindunya pada ibu dan kata Dollah jika ibunya ada tentu lebih seronok dan gembira.
Dengan air mata yang tidak henti bercucuran di pipi, Dollah terus bercakap dan mengatakan semua orang sudah tiada. Tangannya menunjukkan satu persatu pusara ahli keluarganya itu. Walaupun Rahman nampak tersenyum, namun Rahman kelihatan sedang menahan sebak mendengar kata-kata adiknya itu.
Hati warganet terus dilanda sayu apabila Dollah seolah-olah bertanyakan kepada ibunya adakah ibu mahu tebu. Beratnya dugaan Rahman dan Dollah dan pastinya rindu ini tidak akan ada penghujungnya. Hanya masa yang akan merawat kedukaan di hati Rahman dan Dollah.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@rahmanlahhhhhhh takpela du’o kita pun dah takde sape lagi dah…suka taksuka nak kemana lagi kan..kata kuat du’o dahtu kita kene la sorok sorokkan sedih kita jgn selalu sangat tunjuk tunjuk dekat ramai org…nanti du’o sihat abang baaaawak jalan jauh jauh ha time tu kita berdua je takde sapa nak mara😇
Perkongsian oleh Rahman ini sehingga kini telah pun meraih lebih 74 ribu tanda suka daripada warganet. Kesedihan yang turut dirasai oleh semua yang menonton perbualan mereka ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tak benti aku nangis dengar Dollah cakap. Rahman pula nampak menahan airmata dia.. rahman terpaksa kuat depan Do’a.. ”
” “Ibu , ibu nak tebu tak” Allah berjurai air mata.. Semoga Rahman dan Abdullah sentiasa dilindungi dan dibwah rahmat Allah. Aamin.. ”
” Duo : Ibu nak tebu tak?huhu duo blh amek tebu untuk ibu.. kalo ada tebu duo amekan. Allahu sumpah aku menangis teresak-esak.. ”
” Tak pernah tak nangis tengok video dua beradik ni. kita sebagai ibu ni pasti menangis dengar luahan anak2 ni rahman nampak biasa je dlm hati dia pasti menangis tapi man kene kuat demi adik.. ”
” Berderai airmata aku. jangan ckp macam tu aman…. ramai yg sayangkan aman dan duo.. sentiasa doakan yg baik2 untuk aman dan duo.. ”
” Yang bg smagat kt adk dia,dia la yg pling sedih tp dia kuat nk sembunyikan semua to.. moga d mudahkan sgala urusan,jd org bguna dunia akhirat.. ”
” Ya Allah aku tak kuat do sumpahh “kalau ibu ad dekat rumah tok mak mesti paling best “.. terasa sampai sini.. kuatkan lah dua beradik ni ya Allah.. ”
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk Rahman dan Dollah. Tidak lah diuji seorang hambaNya itu melebihi kemampuan. Semoga Rahman dan Dollah terus kuat menghadapi hari-hari mendatang dan selalu mendoakan kesejahteraan abi, ibu dan adik beradik yang telah pergi.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rahmanlah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen