Artis / Selebriti
” Tahniah Lan anak ke 5 dan anak kedua buat Sasha.. ” – Razziah Khan
Dato’ Eizlan Yusof kongsi berita gembira menimang cahaya mata yang kelima raih perhatian ramai. Wah cantiknya nama baby. Simple dan senang nak ingat..
Pelakon terkenal tanah air, Dato’ Eizlan Yusof menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas kurniaan cahaya mata yang dinantikan. Perkhabaran gembira itu dikongsikan menerusi satu hantaran penuh kesyukuran dan emosi di media sosial.
Menerusi perkongsian tersebut, Dato’ Eizlan memulakan ucapan dengan lafaz, “Assalamualaikum Zareen Rosa Alhamdulillah & syukur to ALLAH SWT atas segala limpah kurniaNYA”, sekali gus menggambarkan rasa bahagia dan terharu atas kelahiran cahaya matanya yang kelima.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada individu-individu penting yang banyak memberi sokongan sepanjang perjalanan tersebut, termasuk isterinya yang tersayang, Sasha Boudville, serta barisan doktor dan kenalan rapat yang terlibat.

Ini merupakan cahaya mata kedua buat Datin Natasha Rosa yang merupakan perkahwinan kali kedua Dato’ Eizlan. Pasangan ini sudah mempunyai cahaya mata sulung yang merupakan perempuan dan kelahiran cahaya mata kedua ini menambahkan seri rumahtangga mereka.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengn ucapan tahniah buat Eizlan dan isteri. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Tahniah Lan anak ke 5 dan anak kedua buat Sasha, turut rasa bersyukur dan bahagia buat kalian Barakallahu fiikum.. ” – Razziah Khan
” D setiap anak2 abg lan , baju abg lan ni selalu jd saksi kelahiran anak2 abg lan kan. Tahniah Shasha & Dato Eizlan atas kurniaan seorang lagi cahaya mata.. “
” TabarakAllah Semoga Zareen menjadi Muslimat yang berbakti untuk Dunia & Akhirat congrats my dear eizlan n &sashaboudville . Hey welcome baby zareen …. See u soon ya.. “
” Congrats Dato & Datin for the 2nd born daughter Zareen n May Dato & family always be in the grace n protection of Allah. Aamiin Ya Raab. happy confinement Datin .. “
” Alhamdulillah, congratulations on your new baby girl Dato & Datin, assalamualaikum baby Zareen Rosa .. moga jadi anak soleh.. “
” Tahniah eizlanyusof & sashaboudville atas kelahiran cahayamata, assalamuallaikum baby zareen.. atas kelahiran puteri yg kedua..selamat berpantang.. “
” Wahhh…. another princess, Alhamdulillah. Congrats on your new born baby. Moga baby n mummy sihat. CAant wait to meet new baby girl.. “
Tahniah diucapkan atas kelahiran cahaya mata ini. Semoga urusan berpantang dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, ketenangan jiwa serta keberkatan dalam keluarga. Mudah-mudahan si kecil membesar dengan sihat, dilimpahi kasih sayang dan menjadi anak yang soleh atau solehah serta penyejuk mata buat ibu dan ayah. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eizlan Yusof
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti7 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga1 day ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

