Artis / Selebriti
” Tahniah Anne, comel tengok Anne pakai jubah.. ” – Netizen
Datin Anne Ngasri Kongsi Video Dan Luah Rasa Syukur Setelah Dilantik Menjadi Sebahagian Keluarga Besar GIATMARA Malaysia. Wah Sekalung Tahniah Buat Datin Anne !!
Siapa tidak mengenali pelakon Datin Anne Ngasri ini. Anne yang juga merupakan adik kepada pelakon Bell Ngasri ini turut mempunyai ramai peminatnya. Walaupun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan, Anne sering berkongsi perkembangannya di akaun Instagram miliknya.
Terbaru, Anne telah menzahirkan rasa syukurnya setelah dilantik menjadi sebahagian keluarga besar GIATMARA Malaysia. Selain itu, Anne juga berkongsi video ketika hadir ke Majlis Konvensyen Graduasi GIATMARA Ke-36 Zon Pantai Timur bagi tahun 2023.
Menerusi video itu, kelihatan Anne cantik mengenakan jubah konvokesyen dan Anne memberikan ucapan di atas pentas. Momen paling terindah apabila Anne telah memberikan skrol kepada para graduan institusi tersebut serta mengabadikan gambar bersama keluarga GIATMARA.

Perkongsian ini telah meraih perhatian warganet. Ada yang tumpang bangga dengan perlantikkan Anne dan menyakat bahawa melihat Anne memakai jubah konvo terus mengimbau kenangan ketika Anne berlakon memegang watak Madihah dalam drama ‘ Dunia Baru’ .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan kata ucapan tahniah kepada Anne dan menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tahniah Anne, comel tengok Anne pakai jubah.. Tetibe teringat Madihah dalam drama Dunia Baru dah berjaya Madihah skrg hehhe.. “
“Tahniah Datin.. Pertama kali bersua muka dengan Datin semalam, memang cantik manis dgn senyuman tak lekang dibibir.. “
” Bangga kerana datin telah menjadi sebahagian drpd keluarga GIATMARA.. Ikhlas dari sy staff giatmara Setiu, Terengganu.. “
” Saya bekas pelatih Giatmara Batu Pahat & Johor Bahru ., Rindu nak pakai jubah konvo.. Congrats Anne.. Cantik sangat.. “
” Tahniah.. Alahai manisnya Anne, dah macam jadi student balik.. Semoga Anne terus cemerlang ya, bangga tengok Anne sekarang.. “
” So proud of you.. Tahniah Datin Hajjah Anne.. Semoga terus sukses ya.. Hebat Datin Hajjah Anne.. Semoga terus menjadi inspirasi buat semua.. “
” Cantiknya Anne, nak tips sentiasa cantik dan muda.. Makin cantik lah Anne sekarang, awet muda pula tu.. Tak tua2 pun, hehe.. “
Selain memberikan kata ucapan tahniah, peminat turut terpersona melihat kecantikan Anne yang dikatakan maintain muda. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini mengucapkan sekalung tahniah kepada Anne. Semoga Anne terus menabur bakti dalam apa jua bidang yang Anne ceburi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG annengasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suara gemersik Yosh mix pula dengan suara macho Hadie, memang ngam betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sweetnya, aku ni dah sakit rahang ni dari tadi senyum tak habis-habis.. ” – Komen Netizen

