Artis / Selebriti
” Suka tengok how powerful Alif punya influence. The best of all Alif.. ” – Netizen
Video Alif Satar Bersama Geng Masjid Melaksanakan Misi Subuh Berjemaah Raih Pujian Ramai. Wah Bukan Sikit Yang Datang Ni. Alhamdulillah Berjaya Misi Geng Subuh Macam Jumaat Alif. Ini Baru Idola Ramai !!
Alif Satar merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara yang mempunyai ramai pengikut di akaun media sosialnya. Alif mempunyai rekod yang baik dalam industri dan bersih daripada sebarang kontr0versi membuatkan ramai yang menjadikan Alif sebagai idola.
Sering mengajak orang ramai ke arah kebaikan, Alif kembali dengan misi baru dan hashtag gengsubuhmacamjumaat digunakan oleh Alif. Misi mengajak orang memenuhkan masjid untuk solat Subuh berjemaah diwar-warkan dalam posting Alif terdahulu.
Meninjau akaun Instagram Alif Satar, telah dikongsikan gambar dan video yang memaparkan Alif bersama geng masjid yang menjayakan misi kali ini. Bukan seorang dua, tetapi melihat daripada video itu anggaran lebih 40 orang dan semuanya kelihatan begitu ceria.

Cerita Alif lagi, jemaah perempuan juga ada dan mereka sama-sama mendengar ceramah sesudah selesai solat Subuh. Lebih meriah, mereka semua sama-sama menjamu selera dengan juadah yang telah pun disediakan. Katanya minggu depan menu kambing golek pula, wah menarik.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Alif ini sehingga kini telah pun meraih lebih 32 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” You’re a positive influence alifsatar may Allah bless you with an abundance of goodness.. Ya Allah, ganjarkan lah Alif dgn kebaikan dan istiqamah.. ”
” Alhamdulillah, suka tengok how powerful alif punya influence. usaha yang baik.. semoga diikuti surau-surau dan masjid satu malaysia.. aamin.. ”
” Waaa.. bestnye sama sama cari keberkatan ramai ramai camni di awal hari.. good sharing semestinya dari our fav Alif Satar.. ”
” Masyallah2 allahamdulliah.. semuga allah mengerakkan hati-hati anak-anak muda insyallah.. The best of all Aliff.. ”
” Alhamdulillah. Semoga terus menjadi contoh baik untuk Malaysia.. Terus sebarkan kebaikkan.. Besar Rahmat dan pahala Aamin.. ”
” Thanks to you alifsatar. Bangga tengok anak muda and influencer like you using your strength to this path. May Allah grants you with good health for this journey. Semuga syurga buat Alif. In Shaa Allah.. ”
” Seronoknya circle macam ni.. Alhamdulillah misi berjaya.. tahniah… sangat hebat semuanya.. Alif memang idola lah.. ”
Usaha yang baik dan Alif menggunakan pengaruhnya dengan sebaik-baiknya. Semoga usaha Alif ini akan diikuti oleh ramai lagi orang di luar sana. Terus sebarkan kebaikan untuk semua dan semoga Alif dikurniakan pahala yang melimpah ruah atas perbuatannya ini. Gengsubuhmacamjumaat mana pulak akan datang. Jom join semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Alif Satar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain


