Connect with us

Artis / Selebriti

” Suka tengok cara Hadie melayan ibunya, teringat SS layan Ina dulu, sama macam ni lah.. ” – Komen Netizen

Video Hadie mengusik ibunya, Ina Naim ketika sedang live. Cara Hadie menyantuni ibunya buat ramai tersentuh. Sebijik sama, intonasi ketika bercakap pun saling tak tumpah macam SS juga. Hadie anak soleh yang baik.. 

Selepas berlangsungnya konsert Talk To My Manager minggu kedua, nama Ina Naim menjadi sebutan gara-gara insiden Ina banyak mencelah ketika juri sedang memberikan komen kepada anaknya, Hadie. Ianya menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan penonton TTMM.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hadie FC, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Hadie bersama Ina. Sambil mereka bergelak ketawa, Ina mengatakan kejadian minggu ini menjadi pengajaran untuknya dan akan dijadikan panduan pada minggu yang akan datang.

Hadie pula suka menyakat Ina dan mengatakan ibunya paling top minggu ini kerana menjadi sebutan ramai. Hadie juga sempat berseloroh meminta semua mendoakan bukan hanya untuk dirinya tetapi juga untuk Ina. Tergelak Ina mendengar ayat Hadie itu.

Cara Hadie bergurau dan mengusik Ina mengingatkan warganet kepada arwah Suhaimi Saad. Ajaran Suhaimi tentang adab dan menyantuni ibu diamalkan oleh Hadie sehingga kini. Banyak amalan mulia yang Suhaimi tinggalkan untuk Ina dan anak-anak untuk dijadikan asas hidup.

Jom tonton video di bawah :

@hadiefc

❤️❤️❤️❤️❤️ #TalkToMyManagerMY #InaXHadie #Hadie #InaNaim #SuhaimiSaad

♬ Terima Kasih Ibu – Arshaka Band

Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih hampir 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Macamana ayah dia melayan dan menghargai ibu dia dulu.. macam tulah anaknya mewarisi… anak lelaki akan ikut sikit sebanyak cara ayahnya.. “

” Ina ibu yang baik . Hadie ank yang taat.. acik yang nangis.. sabar Ina dan Hadie.. jadikan iktibar.. tentu Hadie sedih nitizen kecam macam-macam ibu nya.. “

” Sebak bila tengok anak beranak ni.. Kami tetap support Ina dan Hadie.. hadie anak soleh, semoga jadi juara.. suara Hadie terbaik.. teruskan usaha jangan putus asa ye.. “

” Hug ina.. sgt2 cool mnjawab setiap hentaman.. Apabila meletakkn Allah d depan… semua nya kelihatan baik2 saja .. itu lah hasil didikan dr suami yg berjaya dunia dn akhirat.. smga ini hanya laluan unt hadie mncipta kejayaan dunia akhirat d masa hadapan.. aamiin2 YRA.. “

” Lelaki Yang baik kerana ayahnya melayani ibunya dengan baik. Anak Soleh yg hebat dimata Allah.. Sentiasa gembirakan ibu.. moga Allah berikan kerjaya buat hadie Dunia dan Akhirat.. AAMIIN.. “

” Mak awak mgkn gugup sebab tidak ada org yang guide secara professional cara bercakap dan behave dpn live tv,tak mengapa itu perkara biasa ..she is the best mom anyway.. “

” Betul agreed dgn awk hadiefc awk anak yang baik, teruskan pertahankan ibu, selalu ada untuk dia, anak hebat.. pndai hadie mgusik ibunya. moga hadie berjaya dunia akhirat. Suka karakter Hadie ni ber adab dan sopan org nya.. “

” Suka tengok cara Hadie melayan ibunya, teringat SS layan Ina dulu sama macam ni lah. Cara mengusik pun sama. soft spoken dan jujur dalam berkata-kata.. “

Sejuk mata memandang cara Hadie menyantuni ibunya ini. Penuh dengan adab sopan dan lemah lembut tutur katanya. Ini mengingatkan semua terhadap Suhaimi. Walaupun Suhaimi telah tiada, tetapi ajarannya melekat di hati Hadie. Semoga terus menjadi anak yang soleh dan pertahankan ibu.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Hadiefc

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Handbag Liana by Aliff Syukri
Glad2Glow 2 In 1

Trending

Copyright © Berita Kopak