Artis / Selebriti
” Suaranya sampai ke hati, dia sangat menjiwai lagu. Kita yang dengar pun nangis.. ” – Komen Netizen

Video Amad menangis ketika membuat persembahan di pentas suku akhir Talk To My Manager buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Amad menangis sampai terhenti nyanyiannya. Part Umai peluk dan tenangkan Amad pun touching sangat..
Pentas suku akhir Talk To My Manager yang berlangsung semalam menyaksikan persembahan yang cukup hebat daripada semua peserta. Masing-masing ada keunikan dan keistimewaan tersendiri. Peserta yang sering menjadi sebutan warganet, Amad antara yang mencuri perhatian semalam.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok F8buzz dan Gempak, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Amad. Pada minggu ini, Amad mendapat tugasan menyanyikan lagu hits dendangan asal Judika berjudul Mama Papa Larang.
Kelunakan suara Amad tidak dapat dinafikan dan Amad bertuah kerana ada suara yang lunak merdu. Penghayatan dan penjiwaan Amad untuk lagu ini juga menyentuh hati penonton. Nyanyian Amad terhenti separuh jalan kerana tidak dapat menahan sebak dan menangis di atas pentas.
Pastinya ada sesuatu yang menyentuh hati Amad dan lagu ini mungkin ada kisah dalam kehidupan Amad. Komen warganet, mendengar nyanyian Amad yang sarat dengan emosi sedih itu seakan-akan baru putus percintaan bersama kekasih. Menusuk ke hati suara Amad itu.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Mesti ada sesuatu, buat Amad menangis separuh jalan 🥲😌🥰 Amad X Siti Sairah 🎤✨ Talk To My Manager minggu kelima! Setiap pasangan berjuang bukan sekadar dengan bakat, tapi strategi pengurusan daripada orang tersayang! 📅 Setiap Ahad ⏰ 9 malam 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow #amad
@astrogempak Amad emosi nak habiskan persembahan dia tadi. Umai datang ke backstage untuk menenangkan Amad. Talk To My Manager 🗓️ Setiap Ahad 🕰️ 840 Malam | Live+ ⏰ 9 Malam | Main Show 📺 Astro Ria, Sooka dan Astro One Suka rancangan dan drama terbaharu? Nikmati hiburan tempatan dan antarabangsa tanpa henti dengan Astro One — kini dengan bundle eksklusif Disney+ Hotstar dan HBO Max, dari RM69.99/sebulan. #TalkToMyManagerMY #AstroOne #sookamalaysia #JomUsha
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Feel amad terbaik.. keep strong amad.. Terbaik Amad. Amad will go far. Sangat berbakat dan beradap.. “
” Semoga amad ok Minggu depan. Nmpk amad sangat penat. Stop dulu job untuk tumpukan separuh akhir dan akhir. Mungkin penat dan stress. Amad adalah calon juara.. “
” Suaranya sampai ke hati . dia sgt menjiwai lagu . tapi still nyanyi sampai habis . even profesional singer pun ade je yg tak boleh tahan air mata.. “
” Sedap suara amad buat yg terbaik amad. dia menjiwai sgt lagu ni TU yg sedih.. Deep sangat bila tengok amad nyanyi lagu ni.. “
” Sy turut nangis tgk persembahan ni. Stay strong amad. You are very2 talented kid. Darah mengalir itu darah seni. You can do it.. “
” Untung nya amad dikurniakan suara merdu Dan pandai bermain rasa macam tok ti.. btul2 menghayati lagu tu.. waw power ler amad.. kita yg dgr pun nangiss.. “
” Penghayatan lagu ni memang perlu penghayatan kuat. Amad dah buat yang terbaik.. kita pun dapat rasa feel dia tu.. satu perasaan yang sukar nak digambar dengan kata-kata.. “
Mungkin ada sesuatu yang Amad sedang alami yang membuatkan Amad menangis seperti ini. Mujur Amad ada kakak yang sentiasa ada menemani dan menenangkan adiknya ini. Semoga Amad meneruskan perjuangan ini sehingga ke peringkat akhir dan lakukan yang terbaik.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok f8buzz, Tiktok Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Kami meremang sendiri macam mana Allah susunkan takdir untuknya.. ” – Sahabat Amira
-
Artis / Selebriti5 hours ago
” Ini bukan Danial, you ingat I tak kenal suara you ke haa.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Penat kita nangis dekat video Elisya, dia boleh pulak parodikannya, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak payah lah beli. Kenapa bazir duit.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alahai so sweet tau YB. Ayat tu memang khas untuk cinta hati dia je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kata-kata yang betul-betul menusuk kalbu. Tiada ambil hak sesiapa, Allah sentiasa ada untuk kalian.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Saya sampai terima WhatsApp dimaki. You are attacking me about my sister getting married.. ” – Irfan Haris