Artis / Selebriti
” Suara sebijik arwah Siti Sarah, tak sedar mengalir air mata kita.. ” – Komen Netizen
Video Watie Hanifiah mendendangkan lagu Ku Teruskan, nyanyian asal arwah Siti Sarah buat ramai tersentuh. Alahai sebak dengar suara Watie ni, gemersik macam suara arwah Siti Sarah. Sebak dengar..
Meninjau entry di akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memperdengarkan nyanyian oleh Watie. Video ini tidak ditunjukkan wajah Watie dan hanya boleh mendengar suaranya sahaja. Watie sememangnya memiliki suara yang merdu dan sedap didengar.
Watie mendendangkan lagu Ku Teruskan nyanyian asal Siti Sarah dengan penuh perasaan. Lontaran suara Watie itu membuatkan hati pendengar tersentuh. Ramai yang mengatakan lenggok dan suara Watie kedengaran seakan-akan suara arwah Siti Sarah.
Ditambah pula lagu Siti Sarah yang dialunkan, lagi meruntun hati warganet. Watie ada bakat menyanyi dan sebelum ini juga Watie pernah berkongsikan video nyanyiannya berduet bersama Shuib. Menerusi satu perkongsian lain pula, paduan suara Watie dan Thalita diperdengarkan.

Baik Thalita mahu pun Watie, kedua-duanya dikatakan mempunyai tone suara seakan-akan Siti Sarah. Mendayu-dayu dan duet yang mentap daripada Watie dan Thalita. Sekiranya Shuib, Watie dan Thalita bergabung suara, pasti meriah dan gempak. Boleh menjadi penyanyi berkumpulan baru yang digemari ramai.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Mantap lah suara mommy. Bila habis karok tu hari terus kita crush dekat Watie.. sedap suaranya.. tapi kenapa saya rasa sedih.. “
” Sedapnya suara Watie.. go mummy lepas ni next turn pulak la mummy belanja 1 lagu kat bukit bintang.. “
” Dluuu masa watie single suka dgr diaa drive smbil2 nyanyii . suara watie ada iras suara ibu la.. “
” Begitulah kehidupan yg telah ditetapkan Allah.. mommy pengganti ibu.. kasih syg dan bakat menggantikan isi rumah.. al fatihah sarah.. “
” Suara sebijik arwah Siti Sarah, banyak kali repeat.. tak sedar mengalir airmata kita.. teringat dekat Siti Sarah.. “
” Suara dan perangai memang copy paste arwah ye mummy.. munmy mmg terbaik.. sedap sangat suara Watie ni.. tak puas dengar.. “
” Allahu, merdunya suara mummy , seiras suara ibu. Kenapa tiberr rasa sedih ni bila mommy nyanyi.. sayu je suara Watie.. sedap.. “
Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk Shuib dan anak-anak. Watie terlalu banyak persamaannya dengan Siti Sarah dan ibu sambung terbaik untuk anak-anak peninggalan Siti Sarah. Suara Watie juga saling tak tumpah seperti Siti Sarah. Suara yang memenuhi ruang rumah dan memberikan kebahagiaan kepada semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen

